Thursday, November 26, 2009

Raja Lawak 4

sokong dan doakan aku berjaya dalam raja Lawak Astro musim empat, aku wan azrul anak antu dan abu caskonaro dalam kumpulan MAMU akan berentap dengan yang lain.. nanti aku update apa2 cerita kat sini. (Undi jangan tak undi )



from penang... AJO , ABU we are MAMU. Penglipur lara alaf baru ... MESTI MARI !!!!!

Thursday, November 12, 2009

Bergerak

sudah tiba masa untuk aku bergerak.. kiri kanan kiri kanan kiri kanan, satu hari nanti aku x sabar nak ucapkan.....Selamat Tinggal Malaysia.

Saturday, October 31, 2009

Kita tengok nanti siapa pangkah siapa... BARUA !!

Sunday, October 25, 2009

JEBAT : Rahsia Kesumat ( penilaian)


doakan aku untuk yang terbaik pada haritu.. kerana aku tak pernah buat yang baik sebelum ni, dan jangan khabarkan bahawa ini adalah penilaian oleh juri juri yang gila gila.. sori aku tak heran sebab aku tak suka di nilai. Aku nak enjoy ja, orang x suka x pa.. asal aku suka... ya , syok sendiri ! wuuuu....

Tuesday, October 13, 2009

Enjoy

sekarang aku pegang pada prinsip ni.. buat apa pun sekarang ni kena enjoy, tak perlu ada tekanan.. kalau tak enjoy pun cari lah jalan untuk enjoy gak.. tapi kalau tak enjoy gak jangan buat terus. Lepas ni kalau ada benda yang aku x mau buat maknanya aku tak enjoy dah benda tu, jadi jangan paksa aku buat benda yang aku tak enjoy dan aku tak mahu tipu diri sendiri lagi.

Thursday, October 8, 2009

update blog

Dah sebulan x update.. jadi malas nak tulis, bukan sibuk sangat tetapi aku dalam keadaan halusinasi, jiwa tak tenang hati gelisah , fikir tak tentu hala... kembalikanlah aku ke keadaan normal balik, aduh la...

Tuesday, September 8, 2009

Ada Syaitan Dalam AKu

Masa mula-mula Nabi Adam dan Hawa di Bumi. Syaitan yang tak pernah mengenal putus asa untuk menghancur kan anak cucu Adam, dok pikir2 cana nak kacau anak Adam dari patuh dengan suruhan Allah. Suatu hari c Ibu Syaitan nie.tengah dok pikir "Macammana aku nak kena kan anak cucu Adam"....dan tiba2 dia nampak anak dia yang bernama Khanaz. Lalu di panggilnya "Khanaz....mari sini ikut mak...". Lalu di pun pergi menuju ke rumah Adam dan Hawa. Yang pada ketika itu Nabi Adam baru saja meninggal kan rumah untuk pergi kerja mencari nafkah. Dan tinggal lah Hawa keseorangan di rumah, tiba2, pintu rumah di ketuk, lalu dibuka oleh Hawa dan bertanya "Siapa kamu.." Ibu Syaitan menjawab "Tolong jaga kan anak saya...nanti saya akan datang untuk ambil dia balik" Hawa yang tidak mengetahui apa memberi pertolongan. Apabila Adam pulang, Adam terperanjat dan bertanyakan Hawa "Anak siapa nie..?", Lalu Hawa menjawab "Tak tahu lah..tadi ada seorang wanita menyuruh kita menjaga anak ini." Adam berpikir dan " Ini mesti anak Syaitan, yang mahu menganggu anak cucu kita..." .. "Apa harus kita lakukan sekarang..?"tanya Hawa pada Adam. Setelah lama pikir-pikir.... "Kita potong-potong daging nya sehingga kecil dan gantung kan isi2 daging nya di pokok luar rumah kita...Nanti bila Ibu nya datang biar dia nampak dan tahu anak nya sudah tak de..."Idea Adam. Keesokkan pagi harinya Ibu syaitan itu pun datang lagi ketika Adam sudah keluar pergi kerja, "Mana anak aku..."Tanya Ibu syaitan pada Hawa, Hawa pun menjawab dan secara tidak sengaja menerang kan apa yang telah meraka lakukan terhadap anak syaitan "Anak kamu.....,,...Semalam Adam pulang ke rumah , lalu ia mengatahui yang anak itu anak syaitan ....lalu sudah kami kerat2 anak kamu dan kami gantung kan daging nya di atas pokok luar sana..."terang Hawa. "Oh...iye ker?..."jawab Ibu Syaitan dengan nada yang tidak risau.Kemudian Ibu Syaitan meneriak memanggil anak nya"Khanazzzzz....!!!" Tiba2 daging2 khanaz yang telah dikerat bergantungan di atas pokok itu pun bercantum kembali dan menjadi hidup dan menjadi Khanaz kembali....dan Ibu Syaitan masih tidak berputus asa dan masih meminta Hawa menjagakan Khanaz dan ia berpesan akan kembali lagi esok hari nya, Apabila Adam pulang dan terlihat lah ia akan anak Syaitan yang bernama Khanaz itu lagi dan bertanya kan pada Hawa kenapa anak Syaitan itu masih berada di rumah meraka.Hawa menerang apa yang berlaku. "Kita tak boleh biar kan usaha Syaitan untuk menganggu hidup anak cucu kita.." kata Adam. "Apa harus kita laku kan lagi.."tanya Hawa. "Begini..kita bakar anak Syaitan ini dan ..abu nya kita buangkan ke Laut, biar abu nya di bawa arus laut dan Ibu nya tidak akan dapat mendapatkan anak nya ini lagi..." terang Adam. Keesokan pagi nya datang lah lagi Ibu Syaitan ini bertanya kan Khanaz ketika Adam sudah keluar bekerja. "Mana anak aku?" tanya Ibu Syaitan. "Anak kamu sudah kamu bakar dan abunya kami buang ke Laut!" jawab Hawa. "Oh Iye ker? Kata Ibu Sayitan lalu meneriak mamanggil "Khanaz!!!"...kemudian bercantum lah kembali daging Khanaz dari abu, dan menjadi Khanaz kembali.kemudian di serahkan kan kembali pada Hawa untuk menjaga Khanaz. Apabila Adam pulang, mendapati anak Syaitan itu masih berada di rumah nya "Ini tak boleh jadi, kita tak boleh biar kan mereka ganggu anak cucu kita"kata Adam. "Apa harus kita laku kan?" tanya Hawa. "Begini saja lah...kita belah dua anak dia nie ..kamu telan sebelah, aku telan sebelah.. Habis cerita!" Cadang Adam. Keesokan pagi, datanglah lagi c Ibu Syaitan bertanyakan anak nya ketika Adam sudah keluar bekerja.. "Mana anak aku" tanya Ibu Syaitan. "Anak kamu ...., kali ini kamu tak dapat balik anak kamu.."jawab Hawa. "Kenapa..?"tanya Ibu Syaitan. "Anak kamu telah kami telan....!" Jawab Hawa dengan penuh yakin. "Iye ke...? Lalu Ibu Syaitan memanggil anak nya ˝Khanaz !!! Iye Mak....jawab Khanaz dari dalam badan Hawa.. Bagus anak ku..kamu duduk sana , jangan keluar2 .. Arah Ibu Syaitan pada Khanaz. Itu lah cerita dia kawan2...duduk lah Khanaz dalam tubuh badan manusia sehingga hari ini dan hinggá hari kiamat

Tuesday, September 1, 2009

Keseimbangan Intelek

INTELEK : tumpuan kepada daya fikir.Ilmu di manfaatkan untuk diri dan orang lain.

keseimbangan intelek merujuk kepada keseimbangan ilmu yang dimiliki sama ada dari segi kerohanian atau keduniaan.Intelek membolehkan kita memahami idea,fikiran dan perasaan orang lain melalui perhubungan serta dapat memberi tumpuan yang lebih kepada daya fikir, ia merangsang kepada pemikiran yang kreatif dan kritis serta menghasilkan idea bernas.

intelek seimbang dapat dibentuk dengan
  • membaca dan bertanya
  • menjadikan pengalaman sebagai teladan
  • mendengar nasihat
  • menyesusaikan diri dengan persekitaran yang positif

Wednesday, August 26, 2009

Hujan Keroncong

Mega mendung di angkasa
Hembusan bayu dingin terasa
gerimis berderai di merata
bagai mutiara
Rahmat dibawa bersama
Limpahannya meresap dijiwa
adakala bahgia terasa
meskipun duka nestapa
Tika hujan turun
sayup mendayu lagu keroncong
merdu irama dialun
bersenandung
Hujan membasahi bumi
melahirkan keluhuran budi
mengeratkan perpaduan suci
kasih sayang abadi
video

(5 hari di bulan ramadhan dirahmati hujan.. mengingatkan aku kepada yang tersayang dan dirindui..)

Thursday, August 20, 2009

Hukum Kharma

Hukum moral mengenai sebab dan akibat dalam perbuatan manusia.Setiap tindakan manusia yang baik akan diberikan ganjaran yang baik dalam bentuk kesihatan,kekayaan dan kebahagiaan,manakala setiap perbuatan yang jahat akan diberikan hukuman seperti ditimpa dengan bala atau dijangkiti dengan penyakit, mengalami kesusahan , sesengsaraan dan kepayahan dalam hidup. Percayakah anda dengan HUKUM KHARMA ??

Wednesday, August 12, 2009

Aku Kering Idea

7 Sketsa untuk satu malam buat aku pening... dah la kena combinde ngan jazz band usm ... aduh kering idea ! sketsa berkait dengan lagu yang depa nak main.

Push up (lagu depa reka sendiri)
70's medley (ni boleh la nak merapu)
yang mana satu ( nak kena cari awek plak berlakon )
gojet orang bujang (depa sendiri buat gak ..adus )
ill survive
dengar ini cerita

aku pening pala, organizer nak konsep 70an.. apa kejadah ?! mula sat aku nak buat gila dah ni !!
ada pendapat atau idea ?


(berjaya jgk akhirnya )

Thursday, July 30, 2009

TE.TA.MU juara Monolog


Georgetown 29 Julai - Kumpulan Teater , Tari dan Muzik Pulau Pinang (TE.TA.MU) mencipta sejarah dinobatkan juara pertama MONOLOG festival teater Malaysia peringkat negeri Pulau Pinang menerusi naskhah Jebat: Rahsia Kesumat. Kumpulan ini juga memenangi anugerah pengarah terbaik monolog FTM Pulau Pinang. Skrip asal monolog ini oleh DUDOK, pengarah dan pelakon tidak dapat dikenal pasti..syabas untuk kumpulan TE.TA.MU.

Monday, July 20, 2009

manusia yang beruk

Charles Darwin membuat teori bahawa manusia berasal dari BERUK ! Saya tidak setuju! Anda setuju ? Sanggupkah anda mengaku nenek moyang anda atau opah anda atau awok anda adalah seekor BERUK ? tentunya tidak bukan. Tetapi dewasa ini banyak manusia telah berkelakuan seperti BERUK dan menyebabkan teori Darwin ini menjadi seakan benar. Saya mengkaji bahawa manusia akan berkelakuan seperti beruk apabila..


A) terperangkap dalam kesesakan lalu lintas
B) melakukan aktiviti tunjuk perasaan
C) mengorat perempuan
D) menunggang motosikal
E) menonton konsert
F) melihat perlawanan bola sepak.. semasa dan selepas
G) semasa clubbing
H) melihat artis pujaan
I) Dalam dewan parlimen
J) Semasa melihat beruk

Jadi janganlah kita berkelakuan seperti BERUK kerana kita dikurniakan akal dan fikiran dan kita adalah khalifah di muka bumi ini.

Monday, July 13, 2009

Selesai sudah..


alhamdullilah.. bakawalee telah berjaya mementaskan DUSTA PADA SKALA 1 HINGGA 10, semuanya berjalan lancar dan aku amat berpuas hati dengan pencapaian rakan-rakan aku dalam produksi ni, memang banyak yang perlu di rombak dan dikemaskini untuk memantapkan lagi cerita ini tapi setakat ni sudah cukup untuk membuat aku bangga dengan apa yang terhasil atas usaha dan komitmen semua rakan produksi dan pengarah sendiri . Kredit untuk Aida, kak yus, latt , nuar, deana , wazi , kc , nyda dan Dewa Usop. Apa apa pun anugerah bukanlah ukuran kehebatan seseorang manusia, tetapi sumbangan yang diberikan ... Wallahualam. Terima kasih semua dan syabas !

Monday, July 6, 2009

Jebat : Rahsia Kesumat






Berakhir monolog Jebat Rahsia Kesumat .. sekarang terserah saja pada juri segedung ilmu selaut bicara. Sememangnya aku tidak berpuas hati dengan persembahan aku pada kali ini kerana aku pernah lakukan yang lebih baik. Mungkin suasana pertandingan membuatkan aku rasa tertekan dan amat berhati-hati hingga menyebabkan berlaku kesilapan. Aku sangat berharap agar dapat melakukan persembahan ini sekali lagi tetapi tak terlintas untuk aku memenangi apa-apa anugerah untuk pertandingan sulung ini kerana telah aku katakan jiwa seni aku ini bukan untuk dipertandingkan.. wallahualam....

Friday, June 26, 2009

Guru Pembina Negara Bangsa

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota
Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya
Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta
Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

(baru hari ini aku sedar betapa seronoknya menjadi guru..)

Tuesday, June 23, 2009

JEBAT : RAHSIA KESUMAT
1 JULAI 8.45 Malam
Auditorium P.Ramlee

Saturday, June 20, 2009


Derhaka Hang Jebat
Menegak yang benar
Bergalang nyawa menuntut bela
Sanggup berjuang demi Si Tuah
Malangnya terkorban jua akhirnya...



Jebat : Rahsia Kesumat
1 hb Julai
Auditorium P . Ramlee

Tuesday, June 16, 2009

malas

kadang-kadang aku malas nak buat baik dekat orang
kadang-kadang aku malas nak tolong orang
kadang-kadang aku malas nak sayang orang

sebab orang malas nak terima kasih kat aku dan malas nak tolong aku balik dan malas nak buat baik balik dan malas nak sayang balik... Siap kena benci lagi !!

jadi aku dah malas nak jadi baik !

Sunday, June 7, 2009

Jika Jebat tidak jadi menderhaka

Sepanjang hidupnya
Jebat mendengar Tuah berkata:
pantang Melayu menderhaka.
Kata-kata itu diulang-ulang
pantang Melayu menderhaka
pantang Melayu menderhaka.
Tuah mengajar mereka menghafalnya
Tuah meminta mereka berjanji
untuk mentaati.
Sehinggalah pada hari itu
Tuah dihukum tanpa usul periksa
Tuah yang setia dituduh menderhaka
Tuah yang dikasihi dihukum mati
siapakah yang dapat berdiam diri.
Dengan marah yang menggelegak
Jebat mahu memberontak
tetapi dia tergamam
terbayang wajah Tuah
bersungguh-sungguh meminta
agar tidak menderhaka
kata-kata orang yang disayangi
memang selalu dikenang
amanat orang yang disayangi
akan tetap dipegang
jika Jebat menderhaka
akan tercemar persaudaraan mereka.
Kerana kasihnya kepada Tuah
Jebat tidak jadi membantah
dia pun tunduk
menerima segala tugas dan anugerah
yang telah dilucutkan daripada Tuah.
Tidak ada apa-apayang berlaku di Melaka
kerana Jebat tidak jadi menderhaka
tidak ada apa-apa yang mengganggu
ketika raja lena beradu
didodoi dayang diulit lagu.
Kerana Jebat tidak menderhaka
Tuah tidak dijemput pulang ke Melaka
Hiduplah dia di hutan
sehingga mati dan dilupakan.

~zurinah hassan~

Sunday, May 31, 2009

Adus la..

HAri ni hari paling siey untuk aku sebab aku terlupa tarikh perkahwinan kawan baik aku. Aku pi hari ni tengok2 kenduri tu dah buat kemarin .. mampus aku kena maki ngan famili dia ngan dia lagi teruk aku kena hamput !! yang member lain x reti plak nak call aku kemarin.. haram jadah betoi !! ARGHH... awat la aku jadi lagu ni.. Sorry kepada member aku MOHD NABIL dan NUR sorry oi ! ... selamat pengantin baru. !! hu waaa !!

Dalam pada tu aku nak bertanya sikit...
Adakah anda akan berkahwin dengan perempuan/lelaki bisu atau buta...
walaupun dia seorang yang cantik jelita ... aku tengah fikir dan fikir dan fikir.....

Monday, May 25, 2009

pesimis,optimis atau realis ?

Seorang pesimis merungut mengenai angin,
Seorang optimis mengharapkan angin akan berubah haluan
Seorang realis menyesuaikan bahteranya dengan keadaan angin

siapakah diri anda.. pesimis ? optimis atau realis ?

Wednesday, May 20, 2009

aku orang seni
bukan selebriti...














Thursday, May 7, 2009

berkorban apa saja...

Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia
Kepentingan sendiri
Tidak diingini
Bahagia kekasih
Saja yang diharapi
Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia
Untuk menjadi bukti
Kasih yang sejati
Itulah tandanya
Jika mahu diuji
Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia


Sekarang baru aku sedar betapa beratnya nilai pengorbanan...

Thursday, April 30, 2009

AKSI



Aksi menyeluruh seseorang manusia membentuk kehidupannya.Kesemua aktiviti manusia adalah aksi. Ianya bukan sahaja pergerakan malah perubahan. Aksi dalam kehidupan adalah beranika, daripada lakuan yang simple seperti mengebil-ngebil mata ata mengaru-garu lehernya kepada yang lebih kompleks, seperti keputusan seseorang sama ada membunuh atau tidak membunuh musuhnya. Aksi yang berterusan, sejak lahir hingga kematian , untuk setiap manusia adalah infiniti dan berterusan, tak henti-henti. Aksi-aksi manusia merupakan perkara yang paling mempersonakan tentang dirinya. Walaupun ada orang lain cuba mengenakan peraturan terhadap kehidupannya atau berusaha mengawal aktivitinya, tidak sesiapapun berjaya sepenuhnya menstrukturkan aksinya. Namun, SENI berbeza dengan dengan kehidupan. Kehidupan terdiri daripada pelbagai aksi, tetapi seni terdiri dari aksi yang distrukturkan.....

Friday, April 24, 2009

Manusia Raja


Monolog

1. Percakapan yang agak panjang oleh seorang pelakon dalam sesebuah drama/teater
2. Adegan drama atau sandiwara dengan seorang sahaja pelakonnya yang menyampaikan
percakapan seorang diri
3. Percakapan panjang lebar oleh seorang penutur sahaja, biasanya menafikan kesempatan
orang lain untuk bercakap atau mengeluarkan pendapatnya.

MONOLOG = Mono (satu) + dialog (ucapan )

-SOLO ACTING-

Seorang pelakon yang bercakap seorang dan ucapannya itu disampaikan terus kepada penonton atau seolah-oleh memberitahu sesuatu kepada penonton. Dalam satu persembahan monolong, ruang,ekspresi dan memek muka membantu persembahan. Di dalam monolog biasanya terdapat Soliloki iaitu kata hati,bercakap sendiri; apa yang difikirkan dan aside bercakap dengan penonton; seolah-olah pelakon lain tidak mendengar ( menyindir )

Tuesday, April 14, 2009

Anak wayang....festival...

Buat pertama kali aku susah nak beri jawapan pada situasi yang ada sekarang ni.....

festival...satu harapan,
anak wayang... jadi impian....

Wednesday, April 1, 2009

Projek Akhir Pelajar Seni Lakon dan Pengarahan 2009

Berakhir 6 produksi teater oleh pelajar seni halus lakonan dan pengarah 2006-2009 yang berlangsung pada awal May hingga hujung April. Tidak mengecewakan namun tidak juga membanggakan pada pendapat aku sebagai bekas pelajar jurusan ini . Aku tak mahu mengupas panjang atau memberi komen dan kritikan yang detail pada setiap persembahan teater yang aku tonton kesemuanya cuma mahu menyatakan inilah hasilnya sekiranya tidak banyak pengalaman dan praktikal. Berapa kerat sahaja pelajar seni lakon ini yang datang menyaksikan teater yang dilakukan oleh produksi lain dan berapa kerat juga pelajar yang secara langsung terlibat dalam persembahan teater yang pernah diadakan sebelum ini. Apa yang dapat aku katakan ialah pelajar seni lakon yang belajar selama 3 tahun di USM kurang PENGALAMAN.

Aku ucapkan tahniah kepada mereka yang bertungkus lumus menyiapkan projek akhir ini untuk mendapat markah. Inilah silapnya, buat teater untuk dapat markah, nak lepas dari bala, asal siap sudahlah dan dilakukan atas dasar "lepas ni x payah pening nak buat teater dah " tahniah sekali lagi semoga anda mendapat A.

Bercerita tentang 6 persembahan yang sempat aku tonton, bukan x menarik .. tapi kurang daya tarikan sehingga kadang2 menolak aku ke alam khayalan untuk dibuai mimpi di kala malam bulan mengambang..lakonan yang tidak ada jiwa,seperti masih menghafal skrip,seperti x faham apa yang dilakonkan seperti ada tekanan untuk berlakon, seperti ada penyeksaan untuk buat persembahan , seperti apa ntah tak tau nk kata dah.. cuma adalah beberapa pelakon yang dinilai dapat aku puji seperti watak dalam Teater Nyonya dan beberapa pelakon pembantu yang terdiri dari budak junior tahun2 dan 1 syabas! teruskan usaha untuk tahun hadapan. Dah cukup tentang lakonan aku x pandai menulis untuk komen. Nak cakap depan2 aku pandai la nk merapu.

Pengarahan, di sini aku agak keliru sebab.. Prof Samad Salleh pernah menyatakan bahawa pengaruh harus berkemampuan memilih skrip baru pementasan dapat dibuat atas kemampuan pengarah mengikut beberapa faktor yang ditetapkan tetapi pelajar tahun ini diberi skrip oleh pensyarah dan disuruh mengangkat naskah tersebut di pentas... ini merupakan cabaran terbesar kepada siapa yang menjadi pengarah. Kredit untuk mereka yang berani mencuba dan mencincang skrip menjadi teater muzikal, eksperimental, karya sanskrit yang diterjemahkan dan sebagai nya.. sekali lagi faktor cetek pengalaman menyebabkan konsep pengarahn kadang2 x jelas dan bercanggah dan keindahan dari cerita itu tidak diangkat dengan cantik.

SInografer, berapa orang pelajar yang pernah buat focusing atau jaga dimmer untuk show ? mungkin 2 paling ramai 3 .... jadi berlakulah la lampu terlampau cerah , lampu terlampau gelap... memang ada kelas teknikal, tapi praktikal kurang.., pembinaan set kurang kreatif walaupun ada yang menarik perhatian aku seperti dalam Teater No Exit dan kegunaan set tangga yang boleh berubah dalam Bongkok Tanjung Puteri,kostum Shakuntala dan Nyonya memang cantik tapi malangnya kostum itu tidak dapat membantu pelakon lebih menghayati watak. Nasihat aku ialah perlu banyak bertanya dan jangan malu meminta pertolongan kerana dalam school seni banyak rakan lain yang memang pakar dalam kerja kayu dan lukisan...awat hangpa tak tanya depa ??? jora la hangpa ni !

Malas la aku nak komen banyak2 akupun bukan pandai sangat, nak baca komen lawat Bakawalee-tetamu blogspot atau tanya budak lakonan tu sendiri apa lec depa kata. Cuma harapan aku kepada pelajar jurusan ini, tingkatkan usaha anda , cari pengalaman.. banyak bertanya.. jangan bodoh sombong... kita budak Teater bukan budak citrawarna, bukan bintang Usm bukan peniaga bunga di gerai konvo.... jangan jadikan segulung ijazah dari seni teater untuk penghias muka hadapan fail untuk minta kerja.



komen yang aku buat di atas adalah mengikut otak anak hantu aku.. rujuk lah kepada mereka yang lebih pakar dan arif tentang bidang ini.

Saturday, March 14, 2009

SMILE


A smile costs nothing but gives much
It enriches thoes who receives
without making poorer those who give
It takes a moment but the memory
of it sometimes last for ever
None is so rich or mighty that one
can get along without itnone is
so poorer but then one can
be made rich by it.

A smile creates happines in the home
foster good will in business
is the counter sign of friendship
it brings rest to the weary
cheer to the discouraged
sunshine to the sad
and it is naturaly the best
anitidote for troubles.

Yet it cannot be bought,begged,borrowed or stolen
for it is something that is or no value to anyone
untill it is given away.

Some people are too tired
to give you smile...
Give them one of yours as none needs a smile so
much as one who has no more to give.

Friday, March 6, 2009

Bulan Teater

Projek Tahun Akhir Pelajar Lakonan dan Pengarahan muncul lagi. Ayuh peminat teater datang lah beramai-ramai menyaksikan pelajar USM mementaskan persembahan teater sepanjang pertengahan bulan Mac sehingga hujung bulan MAC.
Buat pertama kalinya aku tidak terlibat langsung dalam keenam-enam persembahan teater kali ini dan bolehlah aku menonton teater sejak sekian lama aku tidak menonton kerana sering terlibat secara langsung dalam persembahan teater yang diadakan di Pulau Pinang sebelum ini.

LAUT LEBIH INDAH DARI BULAN
15 DAN 16 MAC
PALENGGANG CAHAYA USM

HAMLET
17 DAN18 MAC
PANGGUNG SASARAN USM

NYONYA
19 DAN 20 MAC
PALENGGANG CAHAYA USM

NO EXIT
22 DAN 23 MAC
PANGGUNG SASARAN USM

SHAKUNTALA
24 DAN 25 MAC
PALENGGANG CAHAYA USM

SI BONGKOK TANJUNG PUTERI
28 DAN 29 MAC
PALENGGANG CAHAYA

#Semua persembahan bermula pada pukul 8.30 malam dan tiket berharga RM 5.oo seorang.

Tuesday, February 24, 2009

Setahun Sudah Berlalu

Gurindam dan irama
Tidak lagi ku hiraukan
Setelah api cinta terpadam
Apa yang tinggal kini
Hanya sisa kesal kelmarin
Menjadi simfoni mendayu
Pada setiap malam minggu
Setahun sudah berlalu
Februari muncul kembali
Dengan kehangatan semalam
Tanpa ku sedari
Ku petik mawar merah
Ku tulis sekuntum puisi
Tapi sayang pada siapa kan ku beri
Kesepian memaksa
Ku lihat wajah di cermin
Terpandang parut di muka ku
Bekas cinta yang lama
Apakah tidakkan hilang
Kesan cinta yang terus mendatang
Bermain di jiwa ini

(sorri jiwang sket )

Friday, February 13, 2009

Kalau burung helang tak suka burung lain terbang tinggi,

akhirnya burung helang juga mati kelaparan...

Monday, February 9, 2009

Basmi M.L.M

Kenapa MLM adalah skim piramid?

- Lebih menitikberatkan aspek mencari downline dari menjual produk
- Lebih ramai downline, lebih tinggi komisen, bukan komisen berdasarkan jualan produk
- Anda mendapat komisen dari downline yang mencari downline, dimana anda mendapat komisen tanpa menbuat kerja atau istilah 'atas angin'.
- Modal untuk menjadi ahli amat tinggi, dimana yuran keahlian lebih tinggi daripada harga produk yg wajib dibeli.
- Harga produk yang dijual secara pakej biasanya terlalu tinggi dari nilai produk tersebut.

Kenapa MLM adalah perniagaan yang kotor:

- Anda boleh menjadi kaya raya tanpa menjual produk, padahal syarikat2 MLM tersebut
selalu menyatakan bahawa mereka bukanlah skim piramid kerana mereka menjual produk.
- Anda dijanjikan pulangan berlipat ganda dengan kerja yg sedikit, tetapi hakikatnya lebih 80% dari yang menyertai MLM tidak mendapat balik modal.
- Anda diajar menipu untuk menarik bakal- bakal downline dengan janji- janji yang tidak
masuk akal.
- Apabila anda menyertai MLM, anda memasuki satu 'sistem', bukanlah sebuah syarikat yang menjual produk sebagai 'nature of business'. Anda sebahagian daripada 'sistem' yang memanipulasi orang lain untuk keuntungan sendiri.
- menjual produk dengan harga yang terlalu tinggi dari nilai sebenar
- Segala kerja keras anda tidak berbaloi dengan pendapatan. Upline2 mendapat pulangan
berlipat ganda hasil usaha anda terutamanya pemilik syarikat MLM.
- Sistem 'pelan pemasaran' yang amat meragukan dari sudut Syariah.

Kenapa MLM perlu ditolak terutamanya oleh umat Islam:

- Janji- janji yang ditabur oleh upline anda hanyalah gimik semata- mata.
- lebih daripada 90% ahli yang menyertai sesebuah MLM tidak mendapat kembali modal,
apatah lagi untung.
- Terbukti merosakkan hubungan sesama manusia; kawan, sepupu, ibu bapa, rakan sepejabat.
- Anda perlu menipu untuk berjaya menarik masyarakat menyertai dibawah anda
- Skim piramid yang bertopengkan MLM amat meragukan dari sudut Syariah
- Pulangan (jika ada) tidak berbaloi dengan usaha anda, sedangkan upline yang mendapat
komisen dari kerja anda. Anda pula hanya mendapat komisyen bila downline anda membuat kerja.

Alasan- alasan yang paling popular digunakan oleh agen MLM sejak 20 tahun lepas:

- Produk kami adalah produk pertama seumpanya di dunia
- Kami bukan skim piramid, buktinya kami menjual produk.
- Jika anda gagal dalam MLM, itu kerana kelemahan anda sendiri, bukan kegagalan sistem MLM
- Ini adalah peluang untuk anda menjadi jutawan dengan modal yang kecil
- Waktu kerja yang fleksibel, singkat dan boleh dijalankan dimana- mana.
- Dengan pendapatan yang anda bakal lakukan dengan MLM, anda boleh bersara awal dan melancong ke seluruh dunia di usia muda
- pelan kami berbeza dengan MLM yang lain dipasaran. Pendek kata pelan kami unik.
- "Jika saya boleh, anda tentu boleh". Sebenarnya anda boleh menjadi jutawan hanya jika
anda adalah orang terawal yang memasuki skim ini, iatu tidak lebih dari 10 orang terawal

Kenapa syarikat MLM jarang dikenakan tindakan walaupun boleh dibuktikan mereka mengamalkan sistem piramid:

- Pemilik syarikat MLM tersebut mempunyai hubungan politik yang sangat kuat
- 'Pelan pemasaran' yang sangat kompleks beserta dengan skim bonus yang pelbagai
memudahkan mereka memutar belit fakta
- Menyatakan bahawa mereka menjual produk sebagai punca pendapatan yang utama, walhal produk hanyalah pengalih perhatian dari operasi sebenar.
- Kurang menerima aduan dari bekas agen MLM yang gagal, kerana mereka sudah ditanam di dalam minda bahawa "jika anda gagal dalam MLM, ia kerana kegagalan anda sendiri, bukan kegagalakn sistem MLM."Jadi mereka berasa bersalah terhadap diri sendiri.
- Mempunyai dana yang besar untuk 'menutup' mulut pengadu- pengadu yang ingin membuat laporan

Kenapa ramai yang taksub dengan MLM?

- Kononnya dengan memasuki MLM anda boleh mengecapi segala impian anda yang mustahil dikecapi jika anda bekerja makan gaji.
- Sesi motivasi setiap minggu tersebut mempunya unsur2 'mind control'
(nyanyi beramai2, istilah2 yang sama diulang2)
- Disajikan dengan gambar2 org2 yang telah berjaya dalam bidang MLM yg mana hampir kesemuanya adalah palsu
- 'In state of denial.'
tidak sanggup mengakui kebodohan sendiri setelah menyertai skim MLM, lalu cuba
memperbodohkan orang lain supaya nampak seolah2 pandai.
- Kononnya MLM adalah jenis pasaran terbaru, yang mana jika anda lambat, maka anda
akan ketinggalan. Perlu diingat bahawa MLM sudah wujud sejak awal abad ke20, jadi
tidak masuk akal untuk mengatakan bahawa MLM adalah gerbang baru pasaran runcit.
- Kebanyakan ahli yang memasuki MLM adalah dari golongan yang berpendapatan rendah,maka janji2 bahawa mereka boleh menjadi jutawan dalam masa 2-3 bulan sememangnya akan membutakan hati mereka. Perlu diingat bahawa desakan boleh membawa kepada pemikiran yang tidak rasional.

Untuk renungan:

- Hampir kesemua produk yang ditawarkan oleh syarikat MLM berasal dari negara luar,
biasanya Eropah. Ini adalah kerana jika anda ingin menyiasat kesahihan pengilang produk
tersebut, agak sukar kerana jarak yang jauh. halaman web, e-mail dan nombor telefon
boleh dicipta oleh sesiapa saja. Pokoknya anda tidak boleh melawat kilang tersebut
untuk melihat dengan mata anda sendiri.
- Logikkah harga sebotol minuman 'kesihatan' berharga RM300? Pernyataan bahawa ia mahal
kerana menggunakan teknologi baru atau bahan mentah yang sukar didapati tidak dapat
dibuktikan secara sahih. Sijil dan anuherah boleh dibuat oleh sisapa saja.
- 8/10 daripada rakan/saudara/keluarga anda yang ada pengalaman dalam MLM pasti memberi komen yang negatif.

Kenapa?- Jarang- jarang kita mendengar arkitek, jurutera mekanikal, doktor atau juruterbang
memasuki MLM. Sebaliknya semua datang dari golongan yang tak pernah 'cukup duit'.
- Di Malaysia, ada hampir 1700 syarikat MLM yang beroperasi secara sah dan haram.
Berapa ramai yang bergelar jutawan hasil dari MLM?
- Jika anda menyertai MLM, anda lebih ditekankan mengenai 'sistem', bukan 'produk'.
- Hampir semua syarikat MLM menawarkan produk kesihatan.
- Jika peratusan yang gagal dalam MLM adalah 80%, adakah 80% rakyat kita bodoh?
- Kebanyakan syarikat MLM yang bertahan lebih dari 5 tahun biasanya mempunya cabang- cabang perniagaan yang lain seperti hartanah dan sbgnya. tetapi syarikat yang
semata- mata MLM akan tutup kurang dari 5 tahun.
- Cuba anda cari perbezaan skim Pak Man Telo dan MLM yang anda ketahui. Bandingkan perbezaan tersebut dan tentukan samada relevan atau tidak perbezaan tersebut.
- Piramid yang tidak mempunya 'tapak' akhirnya akan roboh. Anda tidak boleh membina
sesuatu tanpa asas, ia pasti akan roboh.

Thursday, January 22, 2009

Kata-kata


Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding dengan kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran (Flower A. Newhouse )

99 % kegagalan datang daripada orang yang suka memberi alasan ( George Washington Carver)

Manusia tidak merancang untuk gagal tetapi mereka gagal merancang (William J.Siegel )

Kegagalan bukan bererti kehancuran tetapi jadikanlah kegagalan itu sebagai batu loncatan untuk mencapai kejayan ( Pythagoras )

Kegagalan merupakan asas kemenangan ( Lao Tze )

Orang yang gagal sekali-kali tidak akan rugi , selagi dia belum putus asa ( Lord Eferbry )

Kepuasan terletak pada usaha, bukan pada hasil, berusaha dengan keras merupakan kemenangan yang hakiki ( Mahatma Gandhi )

Anjakan paradigma untuk berjaya ialah gagal ( Azrul Azizan )

Monday, January 12, 2009

Rekaan Utama


Teater Rekaan Utama merupakan kisah tentang tiga buah negara yang mahu menjadi kaya dan kuat. Negara Rakanda negara kaya tetapi tidak kuat , Negara Sia-Sia negara kuat tetapi tidak kaya dan Negara Gelanda tidak kaya dan tidak kuat . Ketua setiap negara masing-masing memikirkan jalan untuk mencapai matlamat mereka untuk menjadi negara yang terunggul di dalam dunia dan mengerahkan pakar sains mereka berusaha mencipta alat senjata yang kuat dan canggih untuk menakluk negara lain. Berjayakah tuan ketua negara itu mencapai matlamat mereka atau berlaku kesulitan di sebaliknya ? Saksikan pementasan teater REKAAN UTAMA yang di bawa oleh Persatuan Teater Bakawalee dengan kerjasama pejabat kebudayaan dan kesenian negara negeri Pulau Pinang pada 16,17 dan 18 Januari di Auditorium P.Pinang jam 8.30 malam . Sama-sama merakyatkan seni teater utara.