Sunday, June 7, 2009

Jika Jebat tidak jadi menderhaka

Sepanjang hidupnya
Jebat mendengar Tuah berkata:
pantang Melayu menderhaka.
Kata-kata itu diulang-ulang
pantang Melayu menderhaka
pantang Melayu menderhaka.
Tuah mengajar mereka menghafalnya
Tuah meminta mereka berjanji
untuk mentaati.
Sehinggalah pada hari itu
Tuah dihukum tanpa usul periksa
Tuah yang setia dituduh menderhaka
Tuah yang dikasihi dihukum mati
siapakah yang dapat berdiam diri.
Dengan marah yang menggelegak
Jebat mahu memberontak
tetapi dia tergamam
terbayang wajah Tuah
bersungguh-sungguh meminta
agar tidak menderhaka
kata-kata orang yang disayangi
memang selalu dikenang
amanat orang yang disayangi
akan tetap dipegang
jika Jebat menderhaka
akan tercemar persaudaraan mereka.
Kerana kasihnya kepada Tuah
Jebat tidak jadi membantah
dia pun tunduk
menerima segala tugas dan anugerah
yang telah dilucutkan daripada Tuah.
Tidak ada apa-apayang berlaku di Melaka
kerana Jebat tidak jadi menderhaka
tidak ada apa-apa yang mengganggu
ketika raja lena beradu
didodoi dayang diulit lagu.
Kerana Jebat tidak menderhaka
Tuah tidak dijemput pulang ke Melaka
Hiduplah dia di hutan
sehingga mati dan dilupakan.

~zurinah hassan~

9 comments:

Chegu Peace said...

Bro,

Hafiz tak sangka bro mmbacanya
ni skadar luahan perasaan je. Bang Fiz tringin nak tengok show Wan Azrul di sni he he.

Klau ada masa trluang dtangla KL klau ada sbarang projek nti bro bleh inform.

Slmat trus berseni

Chegu Peace said...

Tun Tuah, trlalu setia mmbabi buta, sultan salah kat dia pun skong, "ampun tuanku" smpai sanggup bunuh sedara sendiri

Hang Jebat, mmg bagus mmberontak salah sultan yg mnuduh tanpa usul periksa, tpi tindakan yg trlalu emosi, x pikia` panjang, buat haru-biru, smpai bermesra dgn gundik, mmm x leh pkai..

Bendahara Tun Perak, tau sultan salah Tuah tak salah, sorok Tuah, bila masa sultan perlukan Tuah, keluarkn balik Tuah, adakah Bendahara radikal? tidak....
bendahara Tun Perak paling bijak agaknya org pendekar ni mmg panas je kot...

Chegu Peace said...

Sblum ni Chegu Peace sering mmposting entry di matarakyatmalaysia.blogspot.com

kini blog itu dah ditutup.Peranan itu tlah diambilalih oleh blog baru iaitu chegupeace.blogspot.com, kpd yg prnah baca tulisan Chegu Peace, truskn mmbaca di blog baru ini yg Chegu Peace janji:

1. lebih brsifat mrakyatkan seni
2. lebih ke arah marhaen
3. lebih mantop
4. kerap dikemaskini 1 minggu skali

Trima kasih di atas kunjungan yg pnuh makne sbelum ni

Pegawai Khalwat said...

Ada orang kata, orang lain dah sampai ke bulan, tapi kita masih berpolemik pasal Tuah dan Jebat.

Aku kata, persetankan kata-kata mereka. Tengoklah berapa besar negara orang yang menghantar orang ke bulan tu. Dan sampai sekarang, orang masih membincangkan pasal Shakespeare.

artisticklytouch said...

dalam diri setiap kita ada Tuah, ada Jebat.

Break a leg!!

artsoul said...

iyee???

tegezoot said...

apa pun ang anak antu kg melayu!

Anak Antu Seni said...

peace
insyallah nanti ada projek kt kl aku bgtau, ni buat la produksi sendiri terus

pk
orang yang kata tu bukan orang seni

art
ada tuah dan ada jebat tapi x da raja

artsoul
yalah !

tegezoot
dalam jiwa aku ada hantu...

NAMOYAKI said...

'Jika Jebat tidak jadi menderhaka'


Jadi jebat tidak menderhaka jika

Menderhaka jika jebat tidak jadi

Jebat menderhaka jika tidak jadi

Tidak jadi jika Jebat menderhaka

Jika menderhaka Jebat tidak jadi

Jika tidak jadi Jebat menderhaka

Jebat menderhaka jika tidak jadi