
Berakhir monolog Jebat Rahsia Kesumat .. sekarang terserah saja pada juri segedung ilmu selaut bicara. Sememangnya aku tidak berpuas hati dengan persembahan aku pada kali ini kerana aku pernah lakukan yang lebih baik. Mungkin suasana pertandingan membuatkan aku rasa tertekan dan amat berhati-hati hingga menyebabkan berlaku kesilapan. Aku sangat berharap agar dapat melakukan persembahan ini sekali lagi tetapi tak terlintas untuk aku memenangi apa-apa anugerah untuk pertandingan sulung ini kerana telah aku katakan jiwa seni aku ini bukan untuk dipertandingkan.. wallahualam....
