Wednesday, December 31, 2008

Asas

ARISTOTLE MENGKATEGORIKAN DRAMA KEPADA 6 ELEMEN

  1. PLOT ( penyusunan insiden insiden dramatik )
  2. WATAK (orang yang melakonkan )
  3. PEMIKIRAN/FIKRAH ( idea yang direka )
  4. BAHASA ( dialog atau prosa )
  5. MUZIK ( segala elemen audio )
  6. KEKAGUMAN ( latar hias atau segala elemen visual )

DI DALAM SEBUAH DRAMA HARUS MEMPUNYAI

  • STRUKTUR - Struktur peristiwa dalam karya fiksyen
  • WATAK - Pelaku atau tokoh rekaan yang pegang peranan
  • DIALOG - Percakapan antara watak
  • IDEA - fikiran atau persoalan utama yang mendasari sesebuah karya sama ada ekplisit atau implicit
  • MOOD - kesan emotional
  • TEMPO - kadar perkembangan dari awal hingga akhir cerita
  • STAIL - Jenis drama
  • NILAI DRAMATIK - Idea , aksi , sifat watak atau pertalian watak yang bakal merangsangkan respon emosional atau intelektual di kalangan penonton
  • NILAI ESTETIKA - Nilai yang menjadi daya tarikan kepada mata dan telinga

Tuesday, December 9, 2008

Di Dalam Dunia ini...

Di dalam dunia ini....
.
Kadang-kadang kita berada di bawah
dan kadang-kadang kita berada di atas....
.
Di dalam dunia ini...
Di dalam banyak kadang-kadang itu...
.
Selalunya...
.
Aku
berada di bawah.....

Monday, December 1, 2008

Definasi Warna Di Barat

KUNING

· Stimulating (merangsang,mendorong)
· Cheerful (bahagia,gembira,riang)
· Exiting (amat gembira)
· Joyful (menggirangkan)
· Serene (menyenangkan,terang,cerah,tenang )
· Unpleasant (kasar,tidak enak)
· Aggressive (menceroboh,menyerang,garang,agresif)
· Hostile (bermusuhan,dingin)

OREN

· Warm (panas,hangat)
· Happy (gembira,suka hati )
· Merry (girang,riang )
· Exiting (amat gembira)
· Stimulating (merangsang,mendorong)
· Hot (panas)
· Disturbed (mengganggu,mengacau,kesunyian)
· Distressed (penderitaan,kesusahan,kesengsaraan)
· Unpleasant (tidak enak,kasar,biadap)

MERAH

· Happy (gembira)
· Affectionate (kasih sayang,pengasih,penyayangg)
· Loving (cinta)
· Exiting (amat gembira )
· Striking (menarik perhatian)
· Active (cergas,cerdas)
· Defiant (engkar,derhaka)
· Powerful (berkuasa)
· Masterful (memerintah,menguasai orang lain)
· Strong (kuat,gagah)
· Aggressive (menceroboh,menyerang,garang,agresif)
· Hostile (bermusuhan)

HIJAU

· Youthful (muda,subur)
· Fresh (segar)
· Leisurely (tidak tergesa-gesa)
· Secure (selamat)
· Calm (sabar)
· Peaceful (nyaman)
· Emotional Controlled (mengawal perasaan)
· Ill (sakit,muram)

BIRU

· Pleasant (menyenangkan,nyaman,sedap,ramah,mesra)
· Cool (sejuk)
· Secure (selamat)
· Comfortable (selesa)
· Tender (mudah rosak,lemah)
· Soothing (orang muda,lembut,empuk,baik,simpati,menenangkan)
· Social (pergaulan,aktiviti)
· Dignified (kemuliaan,dihormati)
· Strong (kuat,gagah)
· Full (penuh)
· Great (lebih baik,luar biasa,puas hati,seronok,bijak,pandai)

PURPLE

· Dignified (bersifat mulia,kemuliaan)
· Stately (dihormati)
· Disagreeable (tidak setuju)
· Sad (sedih)
· Despondent (putus asa)
· Melancholy (melankoli,mendayu)
· Unhappy (tidak gembira,rungsing,risau)
· Depressing (tertekan,terhimpit)

Sunday, November 30, 2008

Al-Fatihah

Negara dikejutkan dengan pemergian tergempar seniman negara Dato Syed Alwi di kediamannya pada pukul 8 malam 30 Nov 2008. Semoga rohnya dicucuri rahmat..Amin ya rabbi alamin.....
_
SENIMAN NEGARA DATO SYED ALWI BIN SYED HASSAN

Lebih dikenali sebagai seorang penulis,selain kebolehannya mengarah dan berlakon dalam drama pentas dan juga radio.Beliau antara tokoh drama tanah air yang mempunyai latar pendidikan khusus dalam seni teater.Syed Alwi dilahirkan pada 29 Mac 1930 di Pondok Tanjung,Kuala Kangsar Perak.Beliau mengasaskan kumpulan teater The Malayan Arts Theatre Group(MATG) pada tahun 1952.

Syed Alwi terkenal dengan hasil karyanya seperti drama"Alang Retak Seribu","Tok Perak " , "Desaria" , "Alang Trilogi Drama " Z:00 M 184" , "Hamba Allah" , "Di Kampung Di Kota " , "Masak-Masak" ; " I remember the rest house" , The Governor's Mansion" ,"Member of the Club " dan yang terbaru "Keris"

Pada tahun 1994 beliau telah dikurniakan Anugerah Datuk Paduka Mahkota Perak yang membawa gelaran Dato'.Pada tahun 2002, Dato Syed Alwi Hassan dimasyhurkan sebagai penerima anugerah Seni Negara atas segala sumbangan beliau kepada perkembangan kesenian di Malaysia.
(kenangan bersama Seniman Negara Allahyarham Dato Syed Alwi ketika
di bawah pengarahan beliau dalam persembahan teater "KERIS")

Monday, November 24, 2008

Monday, November 10, 2008

Gelanggang Tuk Wali



Wak Raja Waliudin bin Raja Agus Salam ( Tuk Wali ) ialah puing-puing peninggalan zaman lampau dunia persilatan. Tuk Wali meneruskan kecintaannya terhadap silat berbekalkan semangat zaman lampau dan sisa kekuatan yang masih menempeli jasad dan jiwanya.Perubahan nilai dala kehidupan moden ini membunuh sedikit demi sedikit semangat dan menghakis kekuatan yang menempel itu.Tuk Wali dihampakan oleh situasi dan suasana sekitar yang tiba-tiba menjadi ganas.Perjuangan Tuk Wali dalam gelanggang luas sudah lama selesai. Kini, dia sebenarnya sedang berjuang dengan ganas dalam gelanggang sempit dirinya sendiri.Perjuangan itu terlalu sengit dan kejam.Tuk Wali tumpas di tengah pertarungan.Dia gagal untuk melawan perasaan dalam dirinya yang selama ini mampu dikuasainya dengan baik. Tuk Wali ditumpaskan oleh kekutan dalam dirinya sendiri.

Apakah silat Melayu itu akan senasib dengan Tuk Wali ? Apakah orang Melayu masih tebal dengan prasangka buruk sesama sendiri ? Apakah rasa dendam masih merajai hati kita dan generasi seterusnya? Apakah nilai murni ini berubah apabila berada di tempat yang berbeza ? Apakah semua merasai dalam naluri itu akan terus menghantui hingga kita lupa dan alpa kepada musuh kita yang sebenarnya ? Siapakah musuh sebenar dalam "Gelanggang Tuk Wali" ?
persoalannya akan terjawab apabila anda menonton pementasan ini....

Wednesday, November 5, 2008

An ideal definition for Stage Manager

Stage managers are responsible and adaptable communicators who have the ability to handle and coordinate diverse groups of artistic personalities with tactful discipline and a sense of humour.They establish a creative environment by combining the ability to prioritize and anticipate and solve problem with calm sentivity and grace under pressure. Their ability to do the above stems from organisational,ability,acquired technical knowledge , familiarity with union requirements and an inspirational personality that creates positive energy.

Wednesday, October 29, 2008

Komedi

Komedi merupakan salah satu di antara tiga bentuk drama selain daripada tragedi dan tragiccomedy. Komedi mengisahkan cerita tentang kelemahan manusia dan keadaan songsang(defects) masyarakat bertujuan melahirkan gelak ketawa. Bahan komedi dibahagikan kepada high comedy dan low comedy. High comedy menegaskan tema-tema yang memerlukan fikiran dan melahirkan intellectual laughter dengan penegasan kepada kelucuan dialog dan aksi yang sophisticated. Low comedy pula tidak bertujuan melahirkan reaksi intelektual tetapi lebih kepada aksi farcical dan cerita masyarakat rendah yang mudah difahami,aksi dan lakonan semata-mata untuk mencetuskan gelak ketawa. Terdapat beberapa jenis komedi iaitu


  • komedi satira
  • komedi romantik
  • komedi santun

  • komedi humor

  • komedi idea

  • komedi intrigue

  • komedi moral

(persembahan teater komedi "KALUT" pada 31 & 1 Nov ini )

-Teater ini menggunakan jenis komedi satira iaitu memain-main,mengolok-olokan keadaan dan pegangan politik,aspek kehidupan tradisi serta membuat komentar tentang akhlak dan kelakuan.-







Monday, October 20, 2008

Persembahan

Persembahan atau pementasan yang hebat mempunyai intergriti Setiap elemen adalah tepat, tiada satu pun yang tersisih. Ianya elegen keseluruhan bahagiannya sepadan secara wajar tanpa sebarang kesukaran atau ketegangan. Ianya mempunyai inevitabiliti, ianya harus seperti yang sepatutnya dan mana-mana pindaan akan menyebabkan serba tak kena. Ianya unik , produksi-produksi lain mungkin serupa dengan produksi ini tetapi mereka tidak dapat memikat kualiti yang sama atau menghasilkan efek atau kesan yang sama. Ianya menambat perhatian, ia melibatkan , ia menghiburkan , ia menjebakkan . Ianya bergema. Imej-imejnya sering muncul kembali dan ianya indah. Imej-imejnya dan reka bentuknya membentuk struktur yang padu yang mengkomuniket bukan sahaja makna malah kepuasan estetik. Keindahan itu bukan secara kebetulan mahupun dibuat-buat atau pura-pura.... itulah yang menyebabkan persembahan itu menakjubkan.


(entri ini ditulis selepas mengikuti beberapa latihan bersama kumpulan-kumpulan teater di Tanjung Penaga.)

Friday, October 17, 2008

Di Jamuan Raya

Semalam, di jamuan sempena hari raya... ada koey teow, laksa , ketupat , lemang ,
rendang , ais kacang ... semua makanan aku sempat rasa . Rugi sapa yang tak mai !
Tapi bukan tu yang aku nak cerita...

Selepas jamuan lebih kurang pukul 12 malam hujan lebat turun maka banjirlah seluruh
kawasan tersebut.. mungkin disebabkan ada orang yang "menyumbangkan" lagu
pada majlis tersebut .
Tapi bukan tu yang aku nak cerita...

Sewaktu banjir hebat melanda, maka terperangkaplah lah kami di sana hingga pukul 9 pagi dan berlakulah beberapa peristiwa seperti krisis kelaparan yang serius hingga menyebabkan berlaku kes kecurian makanan dari raga motorsikal seseorang dan yang tak best ada pula rambo dan tarzan kat sini yang pi tangkap bawak balik ular sawa pula ( sie betoi )
Tapi bukan tu yang aku nak cerita ...

Sebelum itu, di jamuan raya tersebut aku nampak seorang makcik rancak memarahi seorang budak ni... tak guna, kurang hajar, tak beradab , tak hormat orang.. pakai amik ja !!

Puncanya sebab budak tu ambik kerusi yang makcik tu letak beg tangan dia....
Rupanya budak tu ambik kerusi tu nak bagi dekat seorang warga tua yang
sedang berdiri menjamah makanan...

Yang ni la baru aku nak cerita...

Budak tu kena marah sebab dia nak buat baik... wajarkah ?

Tuesday, October 14, 2008

Tak Ada Otak

Adik : Ayah binatang apa tak ada otak ?
Ayah : Hang pi tanya mak hang la aku nak tidoq !
Adik : Binatang apa tak ada otak mak ?
Mak : Tak nampak ka mak dok buat kerja... tu pi tanya kakak
Adik : Tau tak binatang apa tak ada otak ?
Kakak : Tak da masa la aku nak jawab soalan hang
Adik : Eer.. Abang, Binatang apa tak ada otak ?
Abang : Apa ? hang tak dak otak ka dok tanya aku ?





( Macam mana la budak tu nak pandai...)

Friday, October 10, 2008

Pening

Mengikut satu kajian Prof pakar iaitu aku sendiri, pening kepala atau orang Melayu kata


Stress adalah disebabkan oleh mim alif ta alif.

Yaa MATA..!! dari kerana MATA yang mempunyai kuasa. !!

Pening kepala disebabkan oleh Disorder atau kecelaruan yang ditimbulkan oleh MATA kerana tidak dapat menghantar impuls kepada otak dan mengakibatkan kecelaruan pemikiran.

MATA yang terlampau lama memfokus kepada satu benda contohnya computer, buku, tv dan objek yang dilihat menyebabkan cahaya terfokus pada satu titik dan menyebabkan Disorder pada otak kerana impuls tidak berkembang....percaya atau tidak pening kepala bukan disebabkan oleh kepala tetapi berpunca dari MATA...Kalau tak percaya try tengok time tgh pening kepala picit sambil urut perlahan mata kita
sambil menyanyi “ Dari kerana MATA..yang mempunyai kuasa...oh..aku tergoda aku tergoda terkechewa..dari kerana MATA “ ..nescaya pening akan baik.!!

(kajian diakui oleh Sigmen Freud,B.F Skinner
Dan Carls Rogers pakar pemikiran psikologi)