Monday, November 10, 2008

Gelanggang Tuk Wali



Wak Raja Waliudin bin Raja Agus Salam ( Tuk Wali ) ialah puing-puing peninggalan zaman lampau dunia persilatan. Tuk Wali meneruskan kecintaannya terhadap silat berbekalkan semangat zaman lampau dan sisa kekuatan yang masih menempeli jasad dan jiwanya.Perubahan nilai dala kehidupan moden ini membunuh sedikit demi sedikit semangat dan menghakis kekuatan yang menempel itu.Tuk Wali dihampakan oleh situasi dan suasana sekitar yang tiba-tiba menjadi ganas.Perjuangan Tuk Wali dalam gelanggang luas sudah lama selesai. Kini, dia sebenarnya sedang berjuang dengan ganas dalam gelanggang sempit dirinya sendiri.Perjuangan itu terlalu sengit dan kejam.Tuk Wali tumpas di tengah pertarungan.Dia gagal untuk melawan perasaan dalam dirinya yang selama ini mampu dikuasainya dengan baik. Tuk Wali ditumpaskan oleh kekutan dalam dirinya sendiri.

Apakah silat Melayu itu akan senasib dengan Tuk Wali ? Apakah orang Melayu masih tebal dengan prasangka buruk sesama sendiri ? Apakah rasa dendam masih merajai hati kita dan generasi seterusnya? Apakah nilai murni ini berubah apabila berada di tempat yang berbeza ? Apakah semua merasai dalam naluri itu akan terus menghantui hingga kita lupa dan alpa kepada musuh kita yang sebenarnya ? Siapakah musuh sebenar dalam "Gelanggang Tuk Wali" ?
persoalannya akan terjawab apabila anda menonton pementasan ini....

5 comments:

Butaseni@Wan Raja said...

hiah hiah (li mega sedang berpencak)

artsoul said...

yeyyey...aku keja pagi bole p tengok!...

tegezoot said...

pelaq punya butaseni!

Penjejak Badai said...

wei,ckp kat sapa yang nak jadi juru acara dengan pembaca sinopsis tu..kalau baca tu bagi power skit..baru momentum tu naik masa first scene..jgn buat main juru acara pon sebahagian dalam persembahan gak...

The Island of NAMOYAKI, said...

salam,
noted.
waiting for your comments dari sudut pandangan tuan.

tahniah kepada sdr. li kerana berjaya mementaskan.