Friday, October 17, 2008

Di Jamuan Raya

Semalam, di jamuan sempena hari raya... ada koey teow, laksa , ketupat , lemang ,
rendang , ais kacang ... semua makanan aku sempat rasa . Rugi sapa yang tak mai !
Tapi bukan tu yang aku nak cerita...

Selepas jamuan lebih kurang pukul 12 malam hujan lebat turun maka banjirlah seluruh
kawasan tersebut.. mungkin disebabkan ada orang yang "menyumbangkan" lagu
pada majlis tersebut .
Tapi bukan tu yang aku nak cerita...

Sewaktu banjir hebat melanda, maka terperangkaplah lah kami di sana hingga pukul 9 pagi dan berlakulah beberapa peristiwa seperti krisis kelaparan yang serius hingga menyebabkan berlaku kes kecurian makanan dari raga motorsikal seseorang dan yang tak best ada pula rambo dan tarzan kat sini yang pi tangkap bawak balik ular sawa pula ( sie betoi )
Tapi bukan tu yang aku nak cerita ...

Sebelum itu, di jamuan raya tersebut aku nampak seorang makcik rancak memarahi seorang budak ni... tak guna, kurang hajar, tak beradab , tak hormat orang.. pakai amik ja !!

Puncanya sebab budak tu ambik kerusi yang makcik tu letak beg tangan dia....
Rupanya budak tu ambik kerusi tu nak bagi dekat seorang warga tua yang
sedang berdiri menjamah makanan...

Yang ni la baru aku nak cerita...

Budak tu kena marah sebab dia nak buat baik... wajarkah ?

8 comments:

Butaseni@Wan Raja said...

banjir tu memang puncanya sebab winnie the pooh berjambang tu nyanyi sambil golek punggung.

dah tau ayaq dok naik yang hampa pi nyanyi lagi pasai apa.

memang kawasan tu banyak ulaq,ulang sawa besaq penyapu tu bukan patuk,yang hang takut pasai apa.tgk adik adik tok mo relax ja tangkap ulanq yg ada potensi telan depa 2.

ya memang mak cik tu yang biadap,patut ada orang pi sabaq dia.pastu tengok budak tu bagi kat orang tua,patut kata kat mak cik tu,ni lah bakal pemimpin bangsa.baru dia dok diam.

tok guru khutub khannah bukan bawak mai awek ka mai tunjuk kat semua orang?detu pun terperangkap jugak?

Nyda Zamani said...

moga berlipat gandalah pahala dia
=)

artsoul said...

rugi betoi aku tk mai,klu tak.. bole aku tangkap ulaq tu bagi kat hang...huahuahuahua..

bab makcik tu,aku rasa makcik tu dah monopause kut,tu sbb angin seluruh badan...mmg la tk wajar dia kena marah,tp aku rasa patut dia tanya la dulu..buat annoucement ka,tanya dulu..oiii,kerusi sapa ni????
so,mgkn kejadian remeh temeh dpt dielakkan...

Nyda Zamani said...

errr..tumpang tanya
anak antu seni ni sape ek?
huhu~

Butaseni@Wan Raja said...

hahahahahaa aku suka soalan nyda tu,nampak sangat hang seganas nama hang hahahaha

Anak Antu Seni said...

ButaSeni...
bukan bear tu sorang ja,ada lagi yg sumbang

bukan takut tapi segan

dia dah nampak sendiri dah

tok guru dia balik awai, time hujan dah belah..(ada projek kot )

Nyda..
ya pahala dia dan pahala aku

artsoul...
sembang boleh la p tangkap tgk !

nyda...
sapa aku itu x penting

buta seni...
nama tu bukan untuk keganasan
ia adalah gabungan nama anak seni dan hantu seni... maka terhasil la nama yang sangat mashyur tersohor ini..

Nyda Zamani said...

hahaha..
nyda tau dah ni sapa
hehehe~

Malaysia Tanahairku said...

Walaupun dia kena marah sebab nak buat baik takpe yang menilai adalah Allah juga. kalau dimarahi kita selesaikan cara baik tanpa gaduh Lagi orang tua marah jangan melawan biarkan kalau nak jawab kita jawab dengan baik tanpa tinggikan suara sebab itu bukan budaya kita orang Melayu.Islam tak ajar kita buat begitu. Dah tau tapi terus ingatkan.