Monday, March 1, 2010

Tersingkir akhirnya...



Sedih , terkilan... Angkara fitnah dan tohmahan dari media, dan mereka yang membenci Mamu dan melabelkan Mamu sebagai Berlagak dan juara Raja Cam Best.. Kami tersingkir selangkah sebelum ke final.. Aku tak rasa setiap minggu persembahan kami yang tercorot, dan setiap minggu juga Mamu berada di top 3 persembahan terbaik oleh juri.... Aku cuba sampaikan komedi yang bermesej dan ilmiah , malangnya ia tidak sampai dan diterima oleh masyrakat yang masih belum terbuka menerima sesuatu yang bermesej, tahniah kepada kawan aku yang layak ke akhir . Harapan aku cuma satu, jangan lah jadi boneka yang mudah diperalatkan oleh orang lain. Jangan hipokrit dan jangan lupa diri. Terima Kasih kepada semua yang mengundi dang membenci... Berakhirnya perjuangan komedi ilmiah pada 28 Feb 2010... Wan Azrul Azizan , ANak Antu Seni.... (ajo Raja lawak ) cool... hik hik, MESTI mARI !!!!!!!!!!!!!!

11 comments:

sheepeyo said...

tersingkir tidak bermakna perjuangan MAMU berakhir! Orang seni tidak akan tunduk pada kekalahan! Pedulikan kata-kata manusia yang berhasad dengki! Lebarkan sayap kesenian MAMU! Apapun tahniah! kerana telah berjaya sampai ke peringkat ini. Pintu rezeki sentiasa terbuka pada mereka yang sabar dan berusaha. Semoga MAMU akan terus berjaya walau dalam apa jua bidang yang diceburi. Amin.

Penjejak Badai said...

mmg mcm tu...media colonize sekarang ni...xpa wan..banyak orang sokong hang lagi..xsemua suka kita..dan x semua benci kita..hidup mesti ada chek dan balance baru menarik hidup ini...

faizmokhtar said...

come on bro, jgn patah smgt...

P.Ramlee menjadi seniman kerana karakternya,
LAT dapat Dato' kerana karikaturnya,

ang mesti kekal ikhlas educate masyarakat thru joke bro..kegemilangan mesti mari!

Unknown said...

hye bro, relax...cool, korang memang best, setiap kali persembahan memang ada mesej, pedulikan wartawan. Aku pon pelik napa lah wartawan melemparkan fitnah! Eh, elok juga dlm persembahan sindir wartawan, hehhehe!! i likeee! :)

The Island of NAMOYAKI, said...

sahabat,
di kala ini aku sangat pasti di kepalamu ada 1000 soalan dan 1000 jawapan yang berlegar-legar di kawasan dalam dan luar tempurung kepalamu,

namun aku tahu, kau hanya mahukan yang 1001 kerana yang 1001 itulah perjuaganmu,

tidakkah ada sedikit kegusaran pertanyaan dihatimu:

1. tersingkir atau beruntung?
2. fitnah atau kenyataan?
3. tohmahan atau pengkelasan?

bukankah dikau sedang melalui fasa-fasa keberkesanan penghayatan yang kami jua laluinya suatu waktu dahulu?

bukankah dikau sedang melalui fasa-fasa penghayatan penerimaan hasilan keterbukaan minda yang sungguh dalam?

maka dengan itu, medialah yang bakal menjadi tempat pertama bagimu untuk kamu mengucapkan TERIMA KASIH kepada mereka suatu hari nanti,

sungguh, medialah tempat pertama yang akan kau ucapkan TERIMA KASIH yang tidak terhingga,

sungguh aku sangat yakin dan percaya bahwa,
bahwa medialah yang bakal dikau jadikan sempadan-sempadan cerita di dalam kisah-kisah suka-duka kehidupanmu,

salam hormat sahabat,

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
artisticklytouch said...

hang ni, jangan kata lagu tu. ada orang yang menyokong hampa tapi tak cukup ramai atau tak cukup kredit.

hampa dah final 4 tu pun dah lebih dari hebat tau dak.

bersyukurlah ada peluang untuk menyampaikan mesej hampa berminggu2 pada peminat raja lawak, cuma miss seminggu ja.

Anak Antu Seni said...

ada mereka yang buta, ada mereka yang pekak ada mereka yang bisu.... ada mereka yang celik ada mereka yang peka ada mereka yang berani bersuara..ada mereka yang faham ada mereka yang tidak.. ada mereka yang suka ada mereka yang benci.. ada mereka yang tahu ada mereka yang tidak tahu.. ada mereka yang bijak ada mereka yang bodoh ada mereka yang kuat ada mereka yang lemah ada mereka yang sayang ada mereka yang dengki ada mereka yang penakut ada mereka yang berani ada mereka yang zalim ada mereka yang baik ada mereka ada mereka ada mereka......

Anak Antu Seni said...

nak komen jgn anynomous.. jgn jadi penakut

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.