Sunday, November 14, 2010

Mengapa Dusta

manusia sebenarnya sentiasa berdusta dalam kehidupan secara langsung dan tidak langsung , secara luaran atau secara dalaman , secara lisan atau perbuatan , dusta secara kecil sehingga dusta yang paling besar mengikut keadaan dan situasi yang tertentu sehingga menunjukkan wajah mereka yang sebenar di sebalik perilaku seharian. Jalan yang terbaik untuk melepaskan diri dari belenggu masalah adalah dengan berdusta .Secara sedar atau tidak, kita sebenarnya adalah seorang hipokrit dalam kehidupan, takut dengan kebenaran yang ditetapkan dan kerana dikuasai oleh kehendak , ego dan super ego kita sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai kepentingan sendiri dan melindungi kelemahan dan kekurangan dalam diri dengan membina benteng yang kukuh iaitu dengan berdusta.

Persoalannya, sejauh mana kita mampu menempuh ranjau kehidupan ini tanpa perlu berdusta dan pada siapa harus kita meletakkan kepercayaan sekiranya semua manusia berdusta ?

Tuesday, November 9, 2010

Ya Allah..

Berikan aku kekuatan untuk mengakui kelemahan, tabah dan bangga dengan kekalahan, jujur dan rendah hati dalam kemenangan. Mampu mewujudkan cita cita dan tidak hanya tenggelam dalam angan angan. Sedar bahawa mengenalMu dan mengenal diri sendiri adalah landasan segala ilmu pengetahuan.
Bimbinglah aku untuk tegak dalam badan dan rasa kasih kepada mereka yang tidak berdaya, ajarlah ku untuk berhati tulus ikhlas dan bercita cita tinggi, boleh memimpin diri sendiri sebelum mempunyai kesempatan memimpin orang lain.
Anugerahkan aku kejenakaan supaya dapat berusaha bersungguh dan dapat menikmati hidup.. memandang jauh ke hadapan tetapi tidak lupakan yang silam, mengetahui erti tawa ceria tanpa melupakan makna tangis duka.
Kurniakan aku kerendahan hati supaya selalu ingat bahawa keagunganMu sejati... sentiasa sederhana. Kearifan yang sebenarnya... sentiasa ikhlas dan kekuatan yang benar.. sentiasa lembut.... supaya HIDUPKU TIDAK SIA SIA....

Wednesday, September 22, 2010

susah susah

bila ada orang yang busuk hati.. tabur pasir dalam periuk nasi orang dah jadi susah.. tambah pula ada yang penting diri, x hargai orang pun jadi susah gak..
nak cerita kat orang pun susah , sebab orang susah nak faham..
susah susah.. apa apa pun ada yang lagi susah dari kesusahan ini....
Allhamdulliah.. aku syukur dengan apa yang ada.

Monday, July 19, 2010

Kurang Sopan

Semalam aku lepak di gurney, aku nampak satu couple Chinese , girls tu memang seksi.. seluar pendek paha putih (aku pandang sekali ja sebab pandang sekali tu rezeki ) memang seksi , hmm memang x sopan la pakaian perempuan tu di khalayak ramai , depa duduk sat ja pastu blah... pastu aku nampak pulak couple Melayu ni... x seksi, pakai tudung ok lah ciri2 Melayu tu ada.. memang sopan la gayanya.. tapi tiba2 malangnya yang si Doyok ni yg buat benda x sopan di khalayak ramai ( fikir sendiri la ) . Siapa yang x sopan sebenarnya ? yang seksi atau yang tudung saji tu............

Oh jahatnya kamu, jahatnya kamu... jahat budak jahat ( nyanyi lagu stacy terlebih sudah )

Saturday, July 10, 2010

mereka ketawa

Mereka ketawa pada aku yang tidak merokok kerana aku tinggal di kawasan hitam
Mereka ketawa pada aku yng menonton epl di malam minggu kerana mereka rancak berada di club
Mereka ketawa pada aku yang duduk seorang kerana mereka pandai mengusung gadis ke hulu ke hilir
Mereka ketawa pada aku yang minum teh o gelas besar kerana mereka dasat meminum air produk dari syaitan
Mereka ketawa pada aku yang ada 4 5 ringgit dalam poket kerana mereka hebat menjadi tokan
mereka ketawa pada aku yang melayan budak2 kampung kerana mereka sudah bergaul dengan kekanda ayahanda dan anaconda


Ya , hari ni mereka ketawa pada aku.. tapi bukan pada 10 ,20 tahun akan datang
bila tiba masa itu.. aku tak kan ketawa pada mereka yang ketawa pada aku... tetapi bersimpati dengan mereka yang ketawa pada aku sekarang....

Monday, June 7, 2010

UBAT HATI

Ubat hati, ada 5 perkara...

yang pertama : baca Quran dan faham maksudnya
yang kedua : solat malam hari
yang ketiga : berkumpul dengan orang soleh
yang keempat : berpuasa
yang kelima : zikir malam berpanjangan

Tuesday, May 18, 2010

Profile


Name :Wan Azrul Azizan
age : 25

BACHELOR OF FINE ARTS
( HONOURS )
( ACTING AND DIRECTING )
SCHOOL OF ARTS, USM 2005 - 2008







experience and activities

2010
• Contestant of Raja Lawak 4 Astro

2009.
• Performance Sketch Jokes for Usm Alumni dinner night
• M.C for USM education fair at Kuala Lumpur
• Nominated as Best Director In Monolog For Festival Theatre Penang 2009
• 1st place in Festival theatre in Monolog Categories For Monolog “Jebat Rahsia Kesumat “
• Performance Sketch Jokes with Usm Jazz Band For Convocations Nights
• Certified in Jurulatih Seni Budaya Negara
• Main Character for Theatre “Monolog Manusia Raja” being held at Auditorium P.Ramlee under theatre group of BAKAWALEE
• Main Character for theatre “Rekaan Utama” being held at Auditorium P.Ramlee under theatre group of BAKAWALEE


2008
• Performed a show in front of Yang dipertuan Agong Tunku Mizan Zainal Abidin for a ceremony of Malacca and Georgetown awarding by UNESCO as a world heritage side
• Stage Manager for a theatre “Gelanggang Tok Wali ” being held at Auditorium P.Ramlee under theatre group of RESDONGS
• Main Character for a theatre “ Kalut” being held at Auditorium P.Ramlee under theatre group of SEKENIT
• Assitance Stage Manager for theatre “ Dalam Kehadiran Sepia” being held at Taman Budaya Perlis under group of BUDAYA SARI .
• Performed a Mak Yong play “Anak Raja Gondang” as a actor being held at USM.
• Participated in Celebration Of Merdeka Day being held at Queensbay Penang under Jabatan Kebudayaan Negeri Pulau Pinang
• Participated in Program Malam Semarak Merdeka being held at USM
• Assistance Stage Manager for theatre “ Bila Lagi Kompang Berbunyi ” under theatre group of TETAMU
• Stage Crew for a theatre “ Belalang Kenit ” being held at Auditorium P.Ramlee under theatre group of TETAMU
• Participated in Kursus Kepimpinan Dan Pengurusan Persatuan Seni Budaya at Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Pulau Pinang
• Main character for a theatre “ Mesyuarat Agung Tahunan Super Hero ” being held at Auditorium P.Ramlee and Taman Budaya Kedah under theatre group of BAKAWALEE
• Main character for a theatre “Sangeetha” being held at Panggung Sasaran USM for a Acting and Directing Final Year student’s project.
• Represented USM in Festival Boria MAKUM and nominated a first place
• Director of theatre “Pusaran Angin Songsang” being held at Panggung Palenggang Cahaya USM 2008
• Main Character for a theatre “ Cumbuan Dosa Semalam ” being held at Auditorium P.Ramlee under theatre group of BAKAWALEE
• Participate in interlude show of joke sketch for “Debat Intergriti and Debat Piala Naib Canselor” being held at Dewan Budaya USM.

2007:-
• Extra character for a film “ Cicak Man 2 ” under KRU production
• Performed a Boria Sketch at Gurney Hotel partner with Prof Dato Ghause Nasurrudin
• Extra character for a theatre “Keris” under director Seniman Dato Syed Alwi organized by Istana Budaya at Panggung Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur
• Stage Crew and extra character for thatre “Muzikal Tan Cheng Lock ” at Panggung Sari Istana Budaya
• Stage Manager for a Muzikal Recital program being held at Nilam Sari Istana Budaya
• Stage Manager for a Wayang Kulit show being held at Laman Cempaka Istana Budaya
• Stage Crew for a Gamelan Show by artist from Istana Budaya at Istana Negara.
• Stage Crew for a theatre “Urmi” being held at Panggung Sari Istana Budaya
• Stage Crew for a theatre “Sivagamiyin Sambathan” being held at Panggung Sari Istana Budaya
• Stage Manager for a theatre “Bukan Bunuh Diri” being held at Panggung Sasaran USM for a Acting and Directing Final Year student’s project
• Main character for a theatre “ Raja Lawak ” being held at Dewan Budaya USM
• Play a five character for a theatre “Darah Yang Mengalir” by Dewan Budaya dan Pustaka being held at Dewan Budaya USM
• Main character for a theatre “ Dewan Persidangan” being held at Panggung Sasaran USM for a Acting and Directing FinalYearstudent’sproject

Tuesday, April 20, 2010

Blog mamu

Mesti Mari !!!

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan MAMU RAJA LAWAK untuk segala jenis persembahan pentas seperti sketsa jenaka, hari keluarga atau menjadi Emcee untuk majlis bolehlah menghubungi Mamu dengan cara :

1) Hubungi Manager Mamu : Haslem di talian 0174312821
2) email ke : Macamtau@gmail.com
3) Facebook : Ajo Mamu Raja lawak
: Mamu Ajo Raja Lawak
: Abu Mamu



MAmu MEsti MARI !!!! mamurajalawak.blogspot.com

Tuesday, April 13, 2010

usaha ? rezeki ?

Dalam hidup kita kena sentiasa berusaha untuk berjaya usaha doa dan tawakal. Orang yang usaha akan berjaya Insyallah. Tapi bagi aku sekrang ni rezeki dan nasib mengatasi usaha yang dibuat.. walaupun usaha bagai nak rak, tapi suratan nasib tak menyebelahi dan rezeki tak memihak aku rasa usaha dah jadi sia sia. Bukan aku nak melunturkan semangat mereka yang berusaha tetapi ini adalah apa yg tersirat dalam hati aku akhir2 ni. Aku bersifat optimis. Dan ada masa aku bersifat sgt realis.

Mungkin dah tiba masa aku ucapkan selamat tinggal kepada.....

Sunday, March 14, 2010

Hipokrit

aku benci manusia yang menipu diri sendiri dan hipokrit dalam hidup, ramai.. memang ramai yang macam ni.... tetapi bila kita jujur.. kita pula dibenci, ya adoiiiii. Dunia hipokrit dah sebati dengan masyarakat minda kelas ke 3

Friday, March 5, 2010

BAck To normal

Habis sudah raja lawak.. rileks sat kat kampung, banyak orang suka, dan ada orang dengki... hahahha biarkan biarkan si dengki terjun dengan labu labunya.. Kepada yang menyokong jutaan terima kasih aku ucapkan hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa anda, dan kepada membenci terima kasih juga aku ucapan dan aku maafkan kalian semua. AKu dah penat nak berbicara tentang apa yg dan berlaku, apa yang wartawan kata dan apa yang aku buat selama ini. Biar aku sahaja yang mengetahui nya. Harapan aku semoga semua orang bahagia dengan kerja dan hidup masing2.. dan aku x ganggu hidup orang dan orang tak payah la nak ganggu hidup aku. Sekian terima kasih. Salam insan hina.......

Monday, March 1, 2010

Tersingkir akhirnya...



Sedih , terkilan... Angkara fitnah dan tohmahan dari media, dan mereka yang membenci Mamu dan melabelkan Mamu sebagai Berlagak dan juara Raja Cam Best.. Kami tersingkir selangkah sebelum ke final.. Aku tak rasa setiap minggu persembahan kami yang tercorot, dan setiap minggu juga Mamu berada di top 3 persembahan terbaik oleh juri.... Aku cuba sampaikan komedi yang bermesej dan ilmiah , malangnya ia tidak sampai dan diterima oleh masyrakat yang masih belum terbuka menerima sesuatu yang bermesej, tahniah kepada kawan aku yang layak ke akhir . Harapan aku cuma satu, jangan lah jadi boneka yang mudah diperalatkan oleh orang lain. Jangan hipokrit dan jangan lupa diri. Terima Kasih kepada semua yang mengundi dang membenci... Berakhirnya perjuangan komedi ilmiah pada 28 Feb 2010... Wan Azrul Azizan , ANak Antu Seni.... (ajo Raja lawak ) cool... hik hik, MESTI mARI !!!!!!!!!!!!!!

Monday, February 15, 2010

raja lawak

manusia tak pandai hargai pelawak macam aku.. pada mereka pelawak ibarat boneka yang memperalatkan diri untuk membuatkan orang ketawa, tetapi apabila lawak tidak menjadi kami dihina dicerca dikeji... aku melawak bukan kerana nama, tetapi berkongsi sesuatu dengan manusia.. dengan nasihat yang aku beri tetapi manusia tidak pernah memikirkan semua itu..mereka hanya mahu lena dibuai seronok yang semantara semata mata, salahkan aku menjadi pelawak ? hina sangat kah diri aku ini ? ..... ajo raja lawak, 14 feb gelanggang7 raja lawak msuim 4 ( aku hanya ada masa 4 minit untuk aku luahkan perasaan kepada 2 juta rakyat Malaysia yang menonton )

Sunday, February 7, 2010

Sampai sekarang tak ada seorang pun rakan teater aku yang ucap selamat berjaya atau bagi sokongan selama 5 minggu aku di Raja Lawak Astro.... terima kasih .

Monday, January 4, 2010

Juara Raja Lawak yang disanjung

Raja Lawak silih berganti
Musim ke empat datang lagi
kalau lawak macam PUKI
lu pikirlah sendiri...

(kata kata Ahmad Nabil, juara Raja Lawak musim ke 4 kepada peserta sebelum bermulanya siaran langsung )