Wednesday, October 29, 2008

Komedi

Komedi merupakan salah satu di antara tiga bentuk drama selain daripada tragedi dan tragiccomedy. Komedi mengisahkan cerita tentang kelemahan manusia dan keadaan songsang(defects) masyarakat bertujuan melahirkan gelak ketawa. Bahan komedi dibahagikan kepada high comedy dan low comedy. High comedy menegaskan tema-tema yang memerlukan fikiran dan melahirkan intellectual laughter dengan penegasan kepada kelucuan dialog dan aksi yang sophisticated. Low comedy pula tidak bertujuan melahirkan reaksi intelektual tetapi lebih kepada aksi farcical dan cerita masyarakat rendah yang mudah difahami,aksi dan lakonan semata-mata untuk mencetuskan gelak ketawa. Terdapat beberapa jenis komedi iaitu


  • komedi satira
  • komedi romantik
  • komedi santun

  • komedi humor

  • komedi idea

  • komedi intrigue

  • komedi moral

(persembahan teater komedi "KALUT" pada 31 & 1 Nov ini )

-Teater ini menggunakan jenis komedi satira iaitu memain-main,mengolok-olokan keadaan dan pegangan politik,aspek kehidupan tradisi serta membuat komentar tentang akhlak dan kelakuan.-







Monday, October 20, 2008

Persembahan

Persembahan atau pementasan yang hebat mempunyai intergriti Setiap elemen adalah tepat, tiada satu pun yang tersisih. Ianya elegen keseluruhan bahagiannya sepadan secara wajar tanpa sebarang kesukaran atau ketegangan. Ianya mempunyai inevitabiliti, ianya harus seperti yang sepatutnya dan mana-mana pindaan akan menyebabkan serba tak kena. Ianya unik , produksi-produksi lain mungkin serupa dengan produksi ini tetapi mereka tidak dapat memikat kualiti yang sama atau menghasilkan efek atau kesan yang sama. Ianya menambat perhatian, ia melibatkan , ia menghiburkan , ia menjebakkan . Ianya bergema. Imej-imejnya sering muncul kembali dan ianya indah. Imej-imejnya dan reka bentuknya membentuk struktur yang padu yang mengkomuniket bukan sahaja makna malah kepuasan estetik. Keindahan itu bukan secara kebetulan mahupun dibuat-buat atau pura-pura.... itulah yang menyebabkan persembahan itu menakjubkan.


(entri ini ditulis selepas mengikuti beberapa latihan bersama kumpulan-kumpulan teater di Tanjung Penaga.)

Friday, October 17, 2008

Di Jamuan Raya

Semalam, di jamuan sempena hari raya... ada koey teow, laksa , ketupat , lemang ,
rendang , ais kacang ... semua makanan aku sempat rasa . Rugi sapa yang tak mai !
Tapi bukan tu yang aku nak cerita...

Selepas jamuan lebih kurang pukul 12 malam hujan lebat turun maka banjirlah seluruh
kawasan tersebut.. mungkin disebabkan ada orang yang "menyumbangkan" lagu
pada majlis tersebut .
Tapi bukan tu yang aku nak cerita...

Sewaktu banjir hebat melanda, maka terperangkaplah lah kami di sana hingga pukul 9 pagi dan berlakulah beberapa peristiwa seperti krisis kelaparan yang serius hingga menyebabkan berlaku kes kecurian makanan dari raga motorsikal seseorang dan yang tak best ada pula rambo dan tarzan kat sini yang pi tangkap bawak balik ular sawa pula ( sie betoi )
Tapi bukan tu yang aku nak cerita ...

Sebelum itu, di jamuan raya tersebut aku nampak seorang makcik rancak memarahi seorang budak ni... tak guna, kurang hajar, tak beradab , tak hormat orang.. pakai amik ja !!

Puncanya sebab budak tu ambik kerusi yang makcik tu letak beg tangan dia....
Rupanya budak tu ambik kerusi tu nak bagi dekat seorang warga tua yang
sedang berdiri menjamah makanan...

Yang ni la baru aku nak cerita...

Budak tu kena marah sebab dia nak buat baik... wajarkah ?

Tuesday, October 14, 2008

Tak Ada Otak

Adik : Ayah binatang apa tak ada otak ?
Ayah : Hang pi tanya mak hang la aku nak tidoq !
Adik : Binatang apa tak ada otak mak ?
Mak : Tak nampak ka mak dok buat kerja... tu pi tanya kakak
Adik : Tau tak binatang apa tak ada otak ?
Kakak : Tak da masa la aku nak jawab soalan hang
Adik : Eer.. Abang, Binatang apa tak ada otak ?
Abang : Apa ? hang tak dak otak ka dok tanya aku ?





( Macam mana la budak tu nak pandai...)

Friday, October 10, 2008

Pening

Mengikut satu kajian Prof pakar iaitu aku sendiri, pening kepala atau orang Melayu kata


Stress adalah disebabkan oleh mim alif ta alif.

Yaa MATA..!! dari kerana MATA yang mempunyai kuasa. !!

Pening kepala disebabkan oleh Disorder atau kecelaruan yang ditimbulkan oleh MATA kerana tidak dapat menghantar impuls kepada otak dan mengakibatkan kecelaruan pemikiran.

MATA yang terlampau lama memfokus kepada satu benda contohnya computer, buku, tv dan objek yang dilihat menyebabkan cahaya terfokus pada satu titik dan menyebabkan Disorder pada otak kerana impuls tidak berkembang....percaya atau tidak pening kepala bukan disebabkan oleh kepala tetapi berpunca dari MATA...Kalau tak percaya try tengok time tgh pening kepala picit sambil urut perlahan mata kita
sambil menyanyi “ Dari kerana MATA..yang mempunyai kuasa...oh..aku tergoda aku tergoda terkechewa..dari kerana MATA “ ..nescaya pening akan baik.!!

(kajian diakui oleh Sigmen Freud,B.F Skinner
Dan Carls Rogers pakar pemikiran psikologi)