Sunday, March 14, 2010

Hipokrit

aku benci manusia yang menipu diri sendiri dan hipokrit dalam hidup, ramai.. memang ramai yang macam ni.... tetapi bila kita jujur.. kita pula dibenci, ya adoiiiii. Dunia hipokrit dah sebati dengan masyarakat minda kelas ke 3

Friday, March 5, 2010

BAck To normal

Habis sudah raja lawak.. rileks sat kat kampung, banyak orang suka, dan ada orang dengki... hahahha biarkan biarkan si dengki terjun dengan labu labunya.. Kepada yang menyokong jutaan terima kasih aku ucapkan hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa anda, dan kepada membenci terima kasih juga aku ucapan dan aku maafkan kalian semua. AKu dah penat nak berbicara tentang apa yg dan berlaku, apa yang wartawan kata dan apa yang aku buat selama ini. Biar aku sahaja yang mengetahui nya. Harapan aku semoga semua orang bahagia dengan kerja dan hidup masing2.. dan aku x ganggu hidup orang dan orang tak payah la nak ganggu hidup aku. Sekian terima kasih. Salam insan hina.......

Monday, March 1, 2010

Tersingkir akhirnya...



Sedih , terkilan... Angkara fitnah dan tohmahan dari media, dan mereka yang membenci Mamu dan melabelkan Mamu sebagai Berlagak dan juara Raja Cam Best.. Kami tersingkir selangkah sebelum ke final.. Aku tak rasa setiap minggu persembahan kami yang tercorot, dan setiap minggu juga Mamu berada di top 3 persembahan terbaik oleh juri.... Aku cuba sampaikan komedi yang bermesej dan ilmiah , malangnya ia tidak sampai dan diterima oleh masyrakat yang masih belum terbuka menerima sesuatu yang bermesej, tahniah kepada kawan aku yang layak ke akhir . Harapan aku cuma satu, jangan lah jadi boneka yang mudah diperalatkan oleh orang lain. Jangan hipokrit dan jangan lupa diri. Terima Kasih kepada semua yang mengundi dang membenci... Berakhirnya perjuangan komedi ilmiah pada 28 Feb 2010... Wan Azrul Azizan , ANak Antu Seni.... (ajo Raja lawak ) cool... hik hik, MESTI mARI !!!!!!!!!!!!!!