Sunday, February 7, 2010

Sampai sekarang tak ada seorang pun rakan teater aku yang ucap selamat berjaya atau bagi sokongan selama 5 minggu aku di Raja Lawak Astro.... terima kasih .

11 comments:

Cik Ani said...

wan may be depa mendoakan dari jauh. apa pun cik ani mendoakan kejayaan wan didalam raja lawak ok. kat opis bila free selalu dok kat youtube persembahan mamu dgn edros. apapun all the best ok.......

Anonymous said...

ada tu dlm facebook...tiap-tiap minggu abis show kak tulis walaupun mamu tak respon..

Anonymous said...

cuba fikirkan sejenak..kenapa mereka bersikap demikian???
mungkin ada yg pernah terguris perasaannya tika bersama seketika dahulu....

Apa-apa pun GUD LUCK untuk MAMU!

artisticklytouch said...

aiyooo hang neh overlah....depa semua sokong hang la

Pegawai Khalwat said...

Ceh...

Sokongan lebih bermakna dengan mengundi dari kata-kata.

Malaysia Tanahairku said...

Nak sokong tak semestinya dengan kata-kata yg diucap dan ditaip, di dengar,

biarlah perjuangan utk seni 2 bnar2 ikhlas manakala bagi pihak yg melihat ni tidak perlu diragui akan sokongan trhadap anda yang kini dinilai bukan sekadar mutu persembahan dan nilai murni, akhlak moral dlm agama kita,maruah dan harga diri

Malaysia Tanahairku said...

kamila bro dan Azrul wakil dari teater USM yg dtg dari seberang menyokong Wan Azrul dtg ke Taman Teknologi M`sia. malah Nomy pun sudi datang. apa wan cakap ngan dia ari 2 sampai dia sanggup balik ke rumah jalan kaki

The Island of NAMOYAKI, said...

sahabatku yang sangat aku sayangi,

dengarkanlah walau sekalipun perit bingit telinga,

mereka semuanya berdoa akan kejayaanmu dari kejauhan,


apakah kau tidak percaya?


bilamana saja namamu disebut-sebut, siang tadi, minggu lalu, tahun yang lalu,
maka siapakah yang telah mendengarnya?

mereka tidak mampu seperti rakan-rakan barumu,
mereka tidak mampu untuk bergaya seperti rakan-rakan barumu,
segelas air munuman rakan-rakan barumu,
sudah cukup untuk menampung satu meja tidak berlapik buat bayar ber-kole-kole rakan dan taulan,
mereka tidak mampu berhabis uwang bergolok-gadai bergolek-golek di depan lensa kamera 'ready for take, action!',
mereka cuma mampu untuk melihat dirimu dan rakan-rakan barumu berdansa di kaca TV yang tidak bertukar 10 tahun yang lalu,
mereka tidak mampu untuk melakukan itu semua,
TETAPI, mereka mampu untuk 'khabarkan berita gembira' seraya berdoa,

sahabat,
terkadang, berada di atas adalah terlalu terasa akan kesunyiannya,
kesunyian kerana tidak ramai seperti apabila dirimu berada di bawah,

berada di atas itu sudah pastinya sejuk, kerana,
tidak ramai yang mampu dampingi di puncak,

berada di bawah sudah pastinya tidak sejuk, berhaba, panas, kerana ramai,
sesak tidak seperti di puncak,

puncak selaulunya sering mendongak ke atas, manakala lembah pula sering melihat kepada puncak,

jadi puncak yang telah tidak menoleh-noleh kebawah lembah atau lembah yang acuh tak acuh menampung puncak?

bukankah mereka berdua dulu saling berpacar-pacaran?

atau apakah puncak itu sudah berubah bentuknya kerana puncaklah yang sering dilawati, dipacakkan bendera dan dihormati,
manakala lembahlah yang sering dilobosi diratah rakus buat jejak menuju ke puncak,

kenapakah puncak masih lagi mahu
menyimpan keraguan demi keraguan langsung terus melemparkan persoalan demi persoalan kepada lembah yang telah pasti akan tetap berada disitu kerana akur dengan janji setia hingga keakhirnya?

bukankah lembah tidak sama sekali mampu untuk menjadi puncak sekiranya puncak tidak mahu sama-sama mendatarkan rupa bentuknya untuk melonjakkan bakal puncak-puncak kecil yang mahu turut sama merasa menjadi puncak?

alangkah beruntungnya bagi mereka yang telah mula berada di puncak,
dan alangkah beruntung jua walau sedikit juga bagi mereka yang berada di lembah,

kami-kami ini yang hanya berada di kaki-kaki pesisiran hujung-hujung pantai busuk hanyir lumpur lewat hancing sisa buangan dari puncak ke lembah terus ke laut,

kami-kami ini yang hanya berada di kaki-kaki pesisiran hujung-hujung pantai busuk hanyir lumpur namun kami tetap masih kami berdoa:

'Duhai Yang Maha Mengetahui Segala', berolehkanlah puncak dan lembah akan kejayayaan seperti yang diimpikan,
dengan harapan agar pabila beroleh mereka akan kejayaan yang diimpikan,
maka tiadalah lagi hanyir lumpur hancing sisa buangan yang melewati laluan,

'Duhai Yang Maha Lembut, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
Duhai Yang Mengetahui Segala Sesuatu',
berolehkanlah puncak dan lembah akan kejayayaan seperti yang telah dimpikan,
berolehkanlah mereka akan kegembiraan lewat lari-lari anak meniti pasir kilauan emas halus bersama rakan puncak dan teman di pantai,
biar sekalipun kaki-kaki lumpur ini telah dilupakan,
cukuplah bagi kami walau cuma sekadar tolehan buat kami demi mengenangkan perjanjian,...

Amin, Ya Robbal a'lamiin.

Nyda Zamani said...

hek elehhhh
sedeh bebeno teman bacenye..
kami sumer ingat MAMU
dan mendoakan yg terbaik utk MAMU
wpun bz tapi still hapdet jugak tau ape perkembangan MAMU
n undi utk MAMU...cewahhhh
all da best utk MAMU
buat yg terbaik!!!!!
MAMU mesti mari!!!

ZooL.Ahmad said...

yeke weh....
takpa...ni rakan kuda kepang mengucapkan selamat berjaya :)

Anonymous said...

walaupun kwn baru dah beribu kwn lama jgn dlupa...ingtlah menyokong bukan setakat kata-kata doa n undian yg penting...