Wednesday, August 26, 2009

Hujan Keroncong

Mega mendung di angkasa
Hembusan bayu dingin terasa
gerimis berderai di merata
bagai mutiara
Rahmat dibawa bersama
Limpahannya meresap dijiwa
adakala bahgia terasa
meskipun duka nestapa
Tika hujan turun
sayup mendayu lagu keroncong
merdu irama dialun
bersenandung
Hujan membasahi bumi
melahirkan keluhuran budi
mengeratkan perpaduan suci
kasih sayang abadi
video

(5 hari di bulan ramadhan dirahmati hujan.. mengingatkan aku kepada yang tersayang dan dirindui..)

Thursday, August 20, 2009

Hukum Kharma

Hukum moral mengenai sebab dan akibat dalam perbuatan manusia.Setiap tindakan manusia yang baik akan diberikan ganjaran yang baik dalam bentuk kesihatan,kekayaan dan kebahagiaan,manakala setiap perbuatan yang jahat akan diberikan hukuman seperti ditimpa dengan bala atau dijangkiti dengan penyakit, mengalami kesusahan , sesengsaraan dan kepayahan dalam hidup. Percayakah anda dengan HUKUM KHARMA ??

Wednesday, August 12, 2009

Aku Kering Idea

7 Sketsa untuk satu malam buat aku pening... dah la kena combinde ngan jazz band usm ... aduh kering idea ! sketsa berkait dengan lagu yang depa nak main.

Push up (lagu depa reka sendiri)
70's medley (ni boleh la nak merapu)
yang mana satu ( nak kena cari awek plak berlakon )
gojet orang bujang (depa sendiri buat gak ..adus )
ill survive
dengar ini cerita

aku pening pala, organizer nak konsep 70an.. apa kejadah ?! mula sat aku nak buat gila dah ni !!
ada pendapat atau idea ?


(berjaya jgk akhirnya )