Wednesday, April 1, 2009

Projek Akhir Pelajar Seni Lakon dan Pengarahan 2009

Berakhir 6 produksi teater oleh pelajar seni halus lakonan dan pengarah 2006-2009 yang berlangsung pada awal May hingga hujung April. Tidak mengecewakan namun tidak juga membanggakan pada pendapat aku sebagai bekas pelajar jurusan ini . Aku tak mahu mengupas panjang atau memberi komen dan kritikan yang detail pada setiap persembahan teater yang aku tonton kesemuanya cuma mahu menyatakan inilah hasilnya sekiranya tidak banyak pengalaman dan praktikal. Berapa kerat sahaja pelajar seni lakon ini yang datang menyaksikan teater yang dilakukan oleh produksi lain dan berapa kerat juga pelajar yang secara langsung terlibat dalam persembahan teater yang pernah diadakan sebelum ini. Apa yang dapat aku katakan ialah pelajar seni lakon yang belajar selama 3 tahun di USM kurang PENGALAMAN.

Aku ucapkan tahniah kepada mereka yang bertungkus lumus menyiapkan projek akhir ini untuk mendapat markah. Inilah silapnya, buat teater untuk dapat markah, nak lepas dari bala, asal siap sudahlah dan dilakukan atas dasar "lepas ni x payah pening nak buat teater dah " tahniah sekali lagi semoga anda mendapat A.

Bercerita tentang 6 persembahan yang sempat aku tonton, bukan x menarik .. tapi kurang daya tarikan sehingga kadang2 menolak aku ke alam khayalan untuk dibuai mimpi di kala malam bulan mengambang..lakonan yang tidak ada jiwa,seperti masih menghafal skrip,seperti x faham apa yang dilakonkan seperti ada tekanan untuk berlakon, seperti ada penyeksaan untuk buat persembahan , seperti apa ntah tak tau nk kata dah.. cuma adalah beberapa pelakon yang dinilai dapat aku puji seperti watak dalam Teater Nyonya dan beberapa pelakon pembantu yang terdiri dari budak junior tahun2 dan 1 syabas! teruskan usaha untuk tahun hadapan. Dah cukup tentang lakonan aku x pandai menulis untuk komen. Nak cakap depan2 aku pandai la nk merapu.

Pengarahan, di sini aku agak keliru sebab.. Prof Samad Salleh pernah menyatakan bahawa pengaruh harus berkemampuan memilih skrip baru pementasan dapat dibuat atas kemampuan pengarah mengikut beberapa faktor yang ditetapkan tetapi pelajar tahun ini diberi skrip oleh pensyarah dan disuruh mengangkat naskah tersebut di pentas... ini merupakan cabaran terbesar kepada siapa yang menjadi pengarah. Kredit untuk mereka yang berani mencuba dan mencincang skrip menjadi teater muzikal, eksperimental, karya sanskrit yang diterjemahkan dan sebagai nya.. sekali lagi faktor cetek pengalaman menyebabkan konsep pengarahn kadang2 x jelas dan bercanggah dan keindahan dari cerita itu tidak diangkat dengan cantik.

SInografer, berapa orang pelajar yang pernah buat focusing atau jaga dimmer untuk show ? mungkin 2 paling ramai 3 .... jadi berlakulah la lampu terlampau cerah , lampu terlampau gelap... memang ada kelas teknikal, tapi praktikal kurang.., pembinaan set kurang kreatif walaupun ada yang menarik perhatian aku seperti dalam Teater No Exit dan kegunaan set tangga yang boleh berubah dalam Bongkok Tanjung Puteri,kostum Shakuntala dan Nyonya memang cantik tapi malangnya kostum itu tidak dapat membantu pelakon lebih menghayati watak. Nasihat aku ialah perlu banyak bertanya dan jangan malu meminta pertolongan kerana dalam school seni banyak rakan lain yang memang pakar dalam kerja kayu dan lukisan...awat hangpa tak tanya depa ??? jora la hangpa ni !

Malas la aku nak komen banyak2 akupun bukan pandai sangat, nak baca komen lawat Bakawalee-tetamu blogspot atau tanya budak lakonan tu sendiri apa lec depa kata. Cuma harapan aku kepada pelajar jurusan ini, tingkatkan usaha anda , cari pengalaman.. banyak bertanya.. jangan bodoh sombong... kita budak Teater bukan budak citrawarna, bukan bintang Usm bukan peniaga bunga di gerai konvo.... jangan jadikan segulung ijazah dari seni teater untuk penghias muka hadapan fail untuk minta kerja.



komen yang aku buat di atas adalah mengikut otak anak hantu aku.. rujuk lah kepada mereka yang lebih pakar dan arif tentang bidang ini.

7 comments:

artisticklytouch said...

oh, wow!!

The Island of NAMOYAKI, said...

+ - 712 patah perkataan,

tak berapa banyak-banyak kan?



-zr
[pemerhati]

Pegawai Khalwat said...

Wahhh... Bukan marah lagi orang tu!

The Island of NAMOYAKI, said...

salam hormat kepada anak antu seni,

apalah lagi yang mahu engkau simpankan pada apa yang telah tersirat didalam lubuk benak hatimu,

apalah lah lagi yang engkau mahu sorokkan pada apa yang telah tersurat diluar kantung kehidupanmu yang tampaknya kian semakin jelas,

lontarkan,
keluarkan,
tuliskan,

aku tahu engkau tahu apa maksudku,
aku pasti engkau tahu apa maksudku,
aku yakin engkau tahu apa maksudku,

lontarkanlah,
keluarkanlah,
tuliskanlah.

artsoul said...

fuiyoooo...

jinggo said...

alamak......

Anak Antu Seni said...

art
u la la

zul rahman
kira karangan ka ?

pk
marah bukan sifatku

zul
macam mentera ja

artsoul
hang pasai pa ?

jinggo
teng teng teng...