Thursday, February 3, 2011

Aku boleh jawab..

PAda tahun 2003

orang tanya aku, kenapa masuk form six buat STPM ? x pergi kerja cari duit..

jawapan aku : ntah

tapi pada 2005 aku boleh jawab aku dapat masuk USM


pada tahun 2005

orang tanya aku, kenapa pilih bidang seni ? ada masa depan ke ?

jawapan aku : ntah

tapi pada tahun 2008 aku boleh jawab dah ada degree


pada tahun 2009

orang tanya aku, apa yang aku dapat dengan degree seni ? boleh kaya ka ?

jawapan aku : ntah

tapi pada tahun 2010 aku boleh jawab aku dah masuk raja lawak


pada tahun 2011

orang tanya aku, apa yang aku dapat bila masuk raja lawak ?

jawapan aku : ntah

dan aku x boleh jawab apa apa lagi sampai sekarang.......

Wednesday, January 12, 2011

BAIK

Baik byk makna baik... buat baik, hati baik , baik baik , baik ada makna tu...dan macam macam

baik lagi yg pernah kita dengar.

Siapa baik ? Jahat ke baik.. baik ke baik ? nak mulut ke baik hati ke baik ?

Salahkah kalau baik ? Baik ke kalau salah ?

Di mana ukuran baik ? pada jasa ? pada wang ? pada rupa ? pada siapa sebenarnya baik ? pada siapa nk buat baik sebenarnya ?

Kalu baik orang jijak kepala, kalau jahat orang kata x baik susah nak berbaik baik...

baik baik dengan dia.. dia tu x baik !! orang kata plak macam tu..

Baik laki baik perempuan sama ja semua....

Aku dah malas nk buat baik pada orang yang x baik dengan aku dan x beri kebaikan pada aku

Sebaik baik nya aku baiki diri aku sepaya aku jadi sebaik mungkin

Baiklah... Tuan !!

Sunday, November 14, 2010

Mengapa Dusta

manusia sebenarnya sentiasa berdusta dalam kehidupan secara langsung dan tidak langsung , secara luaran atau secara dalaman , secara lisan atau perbuatan , dusta secara kecil sehingga dusta yang paling besar mengikut keadaan dan situasi yang tertentu sehingga menunjukkan wajah mereka yang sebenar di sebalik perilaku seharian. Jalan yang terbaik untuk melepaskan diri dari belenggu masalah adalah dengan berdusta .Secara sedar atau tidak, kita sebenarnya adalah seorang hipokrit dalam kehidupan, takut dengan kebenaran yang ditetapkan dan kerana dikuasai oleh kehendak , ego dan super ego kita sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai kepentingan sendiri dan melindungi kelemahan dan kekurangan dalam diri dengan membina benteng yang kukuh iaitu dengan berdusta.

Persoalannya, sejauh mana kita mampu menempuh ranjau kehidupan ini tanpa perlu berdusta dan pada siapa harus kita meletakkan kepercayaan sekiranya semua manusia berdusta ?

Tuesday, November 9, 2010

Ya Allah..

Berikan aku kekuatan untuk mengakui kelemahan, tabah dan bangga dengan kekalahan, jujur dan rendah hati dalam kemenangan. Mampu mewujudkan cita cita dan tidak hanya tenggelam dalam angan angan. Sedar bahawa mengenalMu dan mengenal diri sendiri adalah landasan segala ilmu pengetahuan.
Bimbinglah aku untuk tegak dalam badan dan rasa kasih kepada mereka yang tidak berdaya, ajarlah ku untuk berhati tulus ikhlas dan bercita cita tinggi, boleh memimpin diri sendiri sebelum mempunyai kesempatan memimpin orang lain.
Anugerahkan aku kejenakaan supaya dapat berusaha bersungguh dan dapat menikmati hidup.. memandang jauh ke hadapan tetapi tidak lupakan yang silam, mengetahui erti tawa ceria tanpa melupakan makna tangis duka.
Kurniakan aku kerendahan hati supaya selalu ingat bahawa keagunganMu sejati... sentiasa sederhana. Kearifan yang sebenarnya... sentiasa ikhlas dan kekuatan yang benar.. sentiasa lembut.... supaya HIDUPKU TIDAK SIA SIA....

Wednesday, September 22, 2010

susah susah

bila ada orang yang busuk hati.. tabur pasir dalam periuk nasi orang dah jadi susah.. tambah pula ada yang penting diri, x hargai orang pun jadi susah gak..
nak cerita kat orang pun susah , sebab orang susah nak faham..
susah susah.. apa apa pun ada yang lagi susah dari kesusahan ini....
Allhamdulliah.. aku syukur dengan apa yang ada.

Monday, July 19, 2010

Kurang Sopan

Semalam aku lepak di gurney, aku nampak satu couple Chinese , girls tu memang seksi.. seluar pendek paha putih (aku pandang sekali ja sebab pandang sekali tu rezeki ) memang seksi , hmm memang x sopan la pakaian perempuan tu di khalayak ramai , depa duduk sat ja pastu blah... pastu aku nampak pulak couple Melayu ni... x seksi, pakai tudung ok lah ciri2 Melayu tu ada.. memang sopan la gayanya.. tapi tiba2 malangnya yang si Doyok ni yg buat benda x sopan di khalayak ramai ( fikir sendiri la ) . Siapa yang x sopan sebenarnya ? yang seksi atau yang tudung saji tu............

Oh jahatnya kamu, jahatnya kamu... jahat budak jahat ( nyanyi lagu stacy terlebih sudah )

Saturday, July 10, 2010

mereka ketawa

Mereka ketawa pada aku yang tidak merokok kerana aku tinggal di kawasan hitam
Mereka ketawa pada aku yng menonton epl di malam minggu kerana mereka rancak berada di club
Mereka ketawa pada aku yang duduk seorang kerana mereka pandai mengusung gadis ke hulu ke hilir
Mereka ketawa pada aku yang minum teh o gelas besar kerana mereka dasat meminum air produk dari syaitan
Mereka ketawa pada aku yang ada 4 5 ringgit dalam poket kerana mereka hebat menjadi tokan
mereka ketawa pada aku yang melayan budak2 kampung kerana mereka sudah bergaul dengan kekanda ayahanda dan anaconda


Ya , hari ni mereka ketawa pada aku.. tapi bukan pada 10 ,20 tahun akan datang
bila tiba masa itu.. aku tak kan ketawa pada mereka yang ketawa pada aku... tetapi bersimpati dengan mereka yang ketawa pada aku sekarang....