Wednesday, August 26, 2009

Hujan Keroncong

Mega mendung di angkasa
Hembusan bayu dingin terasa
gerimis berderai di merata
bagai mutiara
Rahmat dibawa bersama
Limpahannya meresap dijiwa
adakala bahgia terasa
meskipun duka nestapa
Tika hujan turun
sayup mendayu lagu keroncong
merdu irama dialun
bersenandung
Hujan membasahi bumi
melahirkan keluhuran budi
mengeratkan perpaduan suci
kasih sayang abadi


(5 hari di bulan ramadhan dirahmati hujan.. mengingatkan aku kepada yang tersayang dan dirindui..)

Thursday, August 20, 2009

Hukum Kharma

Hukum moral mengenai sebab dan akibat dalam perbuatan manusia.Setiap tindakan manusia yang baik akan diberikan ganjaran yang baik dalam bentuk kesihatan,kekayaan dan kebahagiaan,manakala setiap perbuatan yang jahat akan diberikan hukuman seperti ditimpa dengan bala atau dijangkiti dengan penyakit, mengalami kesusahan , sesengsaraan dan kepayahan dalam hidup. Percayakah anda dengan HUKUM KHARMA ??

Wednesday, August 12, 2009

Aku Kering Idea

7 Sketsa untuk satu malam buat aku pening... dah la kena combinde ngan jazz band usm ... aduh kering idea ! sketsa berkait dengan lagu yang depa nak main.

Push up (lagu depa reka sendiri)
70's medley (ni boleh la nak merapu)
yang mana satu ( nak kena cari awek plak berlakon )
gojet orang bujang (depa sendiri buat gak ..adus )
ill survive
dengar ini cerita

aku pening pala, organizer nak konsep 70an.. apa kejadah ?! mula sat aku nak buat gila dah ni !!
ada pendapat atau idea ?


(berjaya jgk akhirnya )

Thursday, July 30, 2009

TE.TA.MU juara Monolog


Georgetown 29 Julai - Kumpulan Teater , Tari dan Muzik Pulau Pinang (TE.TA.MU) mencipta sejarah dinobatkan juara pertama MONOLOG festival teater Malaysia peringkat negeri Pulau Pinang menerusi naskhah Jebat: Rahsia Kesumat. Kumpulan ini juga memenangi anugerah pengarah terbaik monolog FTM Pulau Pinang. Skrip asal monolog ini oleh DUDOK, pengarah dan pelakon tidak dapat dikenal pasti..syabas untuk kumpulan TE.TA.MU.

Monday, July 20, 2009

manusia yang beruk

Charles Darwin membuat teori bahawa manusia berasal dari BERUK ! Saya tidak setuju! Anda setuju ? Sanggupkah anda mengaku nenek moyang anda atau opah anda atau awok anda adalah seekor BERUK ? tentunya tidak bukan. Tetapi dewasa ini banyak manusia telah berkelakuan seperti BERUK dan menyebabkan teori Darwin ini menjadi seakan benar. Saya mengkaji bahawa manusia akan berkelakuan seperti beruk apabila..


A) terperangkap dalam kesesakan lalu lintas
B) melakukan aktiviti tunjuk perasaan
C) mengorat perempuan
D) menunggang motosikal
E) menonton konsert
F) melihat perlawanan bola sepak.. semasa dan selepas
G) semasa clubbing
H) melihat artis pujaan
I) Dalam dewan parlimen
J) Semasa melihat beruk

Jadi janganlah kita berkelakuan seperti BERUK kerana kita dikurniakan akal dan fikiran dan kita adalah khalifah di muka bumi ini.

Monday, July 13, 2009

Selesai sudah..


alhamdullilah.. bakawalee telah berjaya mementaskan DUSTA PADA SKALA 1 HINGGA 10, semuanya berjalan lancar dan aku amat berpuas hati dengan pencapaian rakan-rakan aku dalam produksi ni, memang banyak yang perlu di rombak dan dikemaskini untuk memantapkan lagi cerita ini tapi setakat ni sudah cukup untuk membuat aku bangga dengan apa yang terhasil atas usaha dan komitmen semua rakan produksi dan pengarah sendiri . Kredit untuk Aida, kak yus, latt , nuar, deana , wazi , kc , nyda dan Dewa Usop. Apa apa pun anugerah bukanlah ukuran kehebatan seseorang manusia, tetapi sumbangan yang diberikan ... Wallahualam. Terima kasih semua dan syabas !