Sunday, June 7, 2009

Jika Jebat tidak jadi menderhaka

Sepanjang hidupnya
Jebat mendengar Tuah berkata:
pantang Melayu menderhaka.
Kata-kata itu diulang-ulang
pantang Melayu menderhaka
pantang Melayu menderhaka.
Tuah mengajar mereka menghafalnya
Tuah meminta mereka berjanji
untuk mentaati.
Sehinggalah pada hari itu
Tuah dihukum tanpa usul periksa
Tuah yang setia dituduh menderhaka
Tuah yang dikasihi dihukum mati
siapakah yang dapat berdiam diri.
Dengan marah yang menggelegak
Jebat mahu memberontak
tetapi dia tergamam
terbayang wajah Tuah
bersungguh-sungguh meminta
agar tidak menderhaka
kata-kata orang yang disayangi
memang selalu dikenang
amanat orang yang disayangi
akan tetap dipegang
jika Jebat menderhaka
akan tercemar persaudaraan mereka.
Kerana kasihnya kepada Tuah
Jebat tidak jadi membantah
dia pun tunduk
menerima segala tugas dan anugerah
yang telah dilucutkan daripada Tuah.
Tidak ada apa-apayang berlaku di Melaka
kerana Jebat tidak jadi menderhaka
tidak ada apa-apa yang mengganggu
ketika raja lena beradu
didodoi dayang diulit lagu.
Kerana Jebat tidak menderhaka
Tuah tidak dijemput pulang ke Melaka
Hiduplah dia di hutan
sehingga mati dan dilupakan.

~zurinah hassan~

Sunday, May 31, 2009

Adus la..

HAri ni hari paling siey untuk aku sebab aku terlupa tarikh perkahwinan kawan baik aku. Aku pi hari ni tengok2 kenduri tu dah buat kemarin .. mampus aku kena maki ngan famili dia ngan dia lagi teruk aku kena hamput !! yang member lain x reti plak nak call aku kemarin.. haram jadah betoi !! ARGHH... awat la aku jadi lagu ni.. Sorry kepada member aku MOHD NABIL dan NUR sorry oi ! ... selamat pengantin baru. !! hu waaa !!

Dalam pada tu aku nak bertanya sikit...
Adakah anda akan berkahwin dengan perempuan/lelaki bisu atau buta...
walaupun dia seorang yang cantik jelita ... aku tengah fikir dan fikir dan fikir.....

Monday, May 25, 2009

pesimis,optimis atau realis ?

Seorang pesimis merungut mengenai angin,
Seorang optimis mengharapkan angin akan berubah haluan
Seorang realis menyesuaikan bahteranya dengan keadaan angin

siapakah diri anda.. pesimis ? optimis atau realis ?

Wednesday, May 20, 2009

aku orang seni
bukan selebriti...














Thursday, May 7, 2009

berkorban apa saja...

Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia
Kepentingan sendiri
Tidak diingini
Bahagia kekasih
Saja yang diharapi
Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia
Untuk menjadi bukti
Kasih yang sejati
Itulah tandanya
Jika mahu diuji
Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia


Sekarang baru aku sedar betapa beratnya nilai pengorbanan...

Thursday, April 30, 2009

AKSI



Aksi menyeluruh seseorang manusia membentuk kehidupannya.Kesemua aktiviti manusia adalah aksi. Ianya bukan sahaja pergerakan malah perubahan. Aksi dalam kehidupan adalah beranika, daripada lakuan yang simple seperti mengebil-ngebil mata ata mengaru-garu lehernya kepada yang lebih kompleks, seperti keputusan seseorang sama ada membunuh atau tidak membunuh musuhnya. Aksi yang berterusan, sejak lahir hingga kematian , untuk setiap manusia adalah infiniti dan berterusan, tak henti-henti. Aksi-aksi manusia merupakan perkara yang paling mempersonakan tentang dirinya. Walaupun ada orang lain cuba mengenakan peraturan terhadap kehidupannya atau berusaha mengawal aktivitinya, tidak sesiapapun berjaya sepenuhnya menstrukturkan aksinya. Namun, SENI berbeza dengan dengan kehidupan. Kehidupan terdiri daripada pelbagai aksi, tetapi seni terdiri dari aksi yang distrukturkan.....

Friday, April 24, 2009

Manusia Raja


Monolog

1. Percakapan yang agak panjang oleh seorang pelakon dalam sesebuah drama/teater
2. Adegan drama atau sandiwara dengan seorang sahaja pelakonnya yang menyampaikan
percakapan seorang diri
3. Percakapan panjang lebar oleh seorang penutur sahaja, biasanya menafikan kesempatan
orang lain untuk bercakap atau mengeluarkan pendapatnya.

MONOLOG = Mono (satu) + dialog (ucapan )

-SOLO ACTING-

Seorang pelakon yang bercakap seorang dan ucapannya itu disampaikan terus kepada penonton atau seolah-oleh memberitahu sesuatu kepada penonton. Dalam satu persembahan monolong, ruang,ekspresi dan memek muka membantu persembahan. Di dalam monolog biasanya terdapat Soliloki iaitu kata hati,bercakap sendiri; apa yang difikirkan dan aside bercakap dengan penonton; seolah-olah pelakon lain tidak mendengar ( menyindir )