manusia sebenarnya sentiasa berdusta dalam kehidupan secara langsung dan tidak langsung , secara luaran atau secara dalaman , secara lisan atau perbuatan , dusta secara kecil sehingga dusta yang paling besar mengikut keadaan dan situasi yang tertentu sehingga menunjukkan wajah mereka yang sebenar di sebalik perilaku seharian. Jalan yang terbaik untuk melepaskan diri dari belenggu masalah adalah dengan berdusta .Secara sedar atau tidak, kita sebenarnya adalah seorang hipokrit dalam kehidupan, takut dengan kebenaran yang ditetapkan dan kerana dikuasai oleh kehendak , ego dan super ego kita sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai kepentingan sendiri dan melindungi kelemahan dan kekurangan dalam diri dengan membina benteng yang kukuh iaitu dengan berdusta.
Persoalannya, sejauh mana kita mampu menempuh ranjau kehidupan ini tanpa perlu berdusta dan pada siapa harus kita meletakkan kepercayaan sekiranya semua manusia berdusta ?