Sunday, November 14, 2010

Mengapa Dusta

manusia sebenarnya sentiasa berdusta dalam kehidupan secara langsung dan tidak langsung , secara luaran atau secara dalaman , secara lisan atau perbuatan , dusta secara kecil sehingga dusta yang paling besar mengikut keadaan dan situasi yang tertentu sehingga menunjukkan wajah mereka yang sebenar di sebalik perilaku seharian. Jalan yang terbaik untuk melepaskan diri dari belenggu masalah adalah dengan berdusta .Secara sedar atau tidak, kita sebenarnya adalah seorang hipokrit dalam kehidupan, takut dengan kebenaran yang ditetapkan dan kerana dikuasai oleh kehendak , ego dan super ego kita sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai kepentingan sendiri dan melindungi kelemahan dan kekurangan dalam diri dengan membina benteng yang kukuh iaitu dengan berdusta.

Persoalannya, sejauh mana kita mampu menempuh ranjau kehidupan ini tanpa perlu berdusta dan pada siapa harus kita meletakkan kepercayaan sekiranya semua manusia berdusta ?

Tuesday, November 9, 2010

Ya Allah..

Berikan aku kekuatan untuk mengakui kelemahan, tabah dan bangga dengan kekalahan, jujur dan rendah hati dalam kemenangan. Mampu mewujudkan cita cita dan tidak hanya tenggelam dalam angan angan. Sedar bahawa mengenalMu dan mengenal diri sendiri adalah landasan segala ilmu pengetahuan.
Bimbinglah aku untuk tegak dalam badan dan rasa kasih kepada mereka yang tidak berdaya, ajarlah ku untuk berhati tulus ikhlas dan bercita cita tinggi, boleh memimpin diri sendiri sebelum mempunyai kesempatan memimpin orang lain.
Anugerahkan aku kejenakaan supaya dapat berusaha bersungguh dan dapat menikmati hidup.. memandang jauh ke hadapan tetapi tidak lupakan yang silam, mengetahui erti tawa ceria tanpa melupakan makna tangis duka.
Kurniakan aku kerendahan hati supaya selalu ingat bahawa keagunganMu sejati... sentiasa sederhana. Kearifan yang sebenarnya... sentiasa ikhlas dan kekuatan yang benar.. sentiasa lembut.... supaya HIDUPKU TIDAK SIA SIA....