Thursday, January 22, 2009

Kata-kata


Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding dengan kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran (Flower A. Newhouse )

99 % kegagalan datang daripada orang yang suka memberi alasan ( George Washington Carver)

Manusia tidak merancang untuk gagal tetapi mereka gagal merancang (William J.Siegel )

Kegagalan bukan bererti kehancuran tetapi jadikanlah kegagalan itu sebagai batu loncatan untuk mencapai kejayan ( Pythagoras )

Kegagalan merupakan asas kemenangan ( Lao Tze )

Orang yang gagal sekali-kali tidak akan rugi , selagi dia belum putus asa ( Lord Eferbry )

Kepuasan terletak pada usaha, bukan pada hasil, berusaha dengan keras merupakan kemenangan yang hakiki ( Mahatma Gandhi )

Anjakan paradigma untuk berjaya ialah gagal ( Azrul Azizan )

Monday, January 12, 2009

Rekaan Utama


Teater Rekaan Utama merupakan kisah tentang tiga buah negara yang mahu menjadi kaya dan kuat. Negara Rakanda negara kaya tetapi tidak kuat , Negara Sia-Sia negara kuat tetapi tidak kaya dan Negara Gelanda tidak kaya dan tidak kuat . Ketua setiap negara masing-masing memikirkan jalan untuk mencapai matlamat mereka untuk menjadi negara yang terunggul di dalam dunia dan mengerahkan pakar sains mereka berusaha mencipta alat senjata yang kuat dan canggih untuk menakluk negara lain. Berjayakah tuan ketua negara itu mencapai matlamat mereka atau berlaku kesulitan di sebaliknya ? Saksikan pementasan teater REKAAN UTAMA yang di bawa oleh Persatuan Teater Bakawalee dengan kerjasama pejabat kebudayaan dan kesenian negara negeri Pulau Pinang pada 16,17 dan 18 Januari di Auditorium P.Pinang jam 8.30 malam . Sama-sama merakyatkan seni teater utara.